Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Adam Corrie Kenang Pengalaman Pertama Berpuasa- “Saya Takut Emak Marah”

by Nurul A.
February 19, 2026
Foto - @adamcorrielee (IG)

Foto - @adamcorrielee (IG)

13
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon Adam Corrie Lee Abdullah baru-baru ini mencuri perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman peribadinya berpuasa semasa bulan Ramadan.

Berdasarkan perkongsian Adam di Berita Harian, pelakon itu mendedahkan bahawa dia mula belajar berpuasa seawal usia 11 tahun sebelum memeluk agama Islam pada tahun 2007.

“Apabila saya tengok kawan-kawan yang seumur dengan saya boleh berpuasa, saya terfikir, kalau mereka boleh tahan lapar dan dahaga, kenapa saya tidak boleh? Saya mesti boleh juga. Jadi saya cuba berpuasa sedikit demi sedikit.”

View this post on Instagram

Mengimbau kembali pengalaman pertamanya cuba berpuasa, Adam mengakui dia terinspirasi melihat rakan-rakan Muslim di sekolah cuba menunaikan ibadah tersebut. Sejak daripada itu, dia cuba untuk menahan lapar dan minum sepanjang bulan Ramadan.

“Pada awalnya, saya mula puasa sehari penuh. Kemudian tiga hari dan akhirnya berjaya berpuasa selama seminggu. Itulah tempoh paling lama saya berpuasa ketika itu. Alhamdulillah.”

View this post on Instagram

Adam turut mendedahkan bahawa dia tidak memaklumkan keluarganya mengenai hasratnya untuk berpuasa. Namun setelah diberitahu, ibunya menerima dengan hati yang terbuka.

“Mula-mula saya tidak berani beritahu keluarga sebab kami bukan Islam. Jadi saya takut, emak marah. Tetapi apabila saya betul-betul hendak cuba berpuasa selama seminggu. saya beritahu emak.”

View this post on Instagram

“Emak bertanya kenapa saya hendak berpuasa. Saya cakap sebab kawan lain semua berpuasa pada Ramadan. Jadi, saya rasa tidak seronok hendak makan atau minum depan mereka. Alhamdulillah, emak boleh terima dan faham situasi saya.”

Pada masa yang sama, Adam Corrie mengakui bahawa solat sunat Tarawih adalah ‘hadiah’ paling bermakna untuk dirinya.

“Saya paling suka apabila dapat menunaikan solat Tarawih. Allah izinkan kita bertemu Ramadan dan diberi peluang menunaikan Tarawih yang hanya datang setahun sekali. Jadi, kenapa kita mahu bazirkannya? Namun ini hadiah daripada Allah dan kita hanya berpeluang merasainya setahun sekali.”

Pengalaman awal berpuasa Adam sedikit sebanyak telah membantu pelakon ini menjalankan ibadah puasa dengan lebih lancar dan penuh kesyukuran. Selamat berpuasa semua!

Adam Corrie Pesan, -"Elak DM Untuk Luah Masalah, Orang Ambil Kesempatan Ramai"
adam corrieadam corrie leeadam corrie lee abdullah
https://lomp.at/iulfu
Share5Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Aliff Syukri Mendonia Di Bukit Bintang, Sempat Berarak Ala ‘Ali Baba & 40 Penyamun’!

by Naddy Joe
February 17, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mencuri perhatian netizen selepas dilihat berarak ala kisah 'Ali Baba & 40 Penyamun'...

Read moreDetails
Spotlight

Panggil Lagu Raya Sekarang Macam ‘Gampang’, Altimet Balas Ridhuan Tee

by Phic ARMAN
March 27, 2026

Baru-baru ni, isu lagu raya moden kembali panas apabila Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan lagu raya zaman sekarang sangat...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Wani Kayrie Hadiahkan Ibu Kereta, Rakan Selebriti & Netizen Tumpang Gembira!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Penyanyi, Wani Kayrie membuat kejutan istimewa buat ibu tercinta, Rukiah Kalapukong dengan menghadiahkan sebuah kereta baharu sebagai hadiah hari lahir,...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Hampir 5 Tahun Perkahwinan, Zizi Kirana & Yusuf Bahrin Sah Cerai Talak 1- “Semua Dah Selesai”

by Nurul A.
April 2, 2026

Nampaknya teka-teki mengenai status rumah tangga penyanyi Zizi Kirana dan pelakon Yusof Bahrin akhirnya terjawab. Selepas hampir lima tahun perkahwinan,...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara