Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Adegan Ranjang & Seks Bebas Dalam ‘Blok 404’, Isma Beri Penjelasan

by Phic ARMAN
June 27, 2018
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Sudah pastinya tercetusnya kontroversi apabila sesebuah produksi drama atau filem tempatan ‘menjual’ babak ranjang, seks dalam filem. Walaupun itu bertentangan dengan norma budaya dan agama tetapi banyak pengarah kita yang bertindak berani mencuba nasib.

Seperti pengarah untuk filem terbaru Blok 404, Isma Yusoof yang tidak ragu-ragu untuk menyelitkan babak sensitif dalam karyanya seperti adegan seks dan pembunuhan kejam.

Usai menonton filem ini ketika sesi pratonton malam tadi, saya fikir kita tidaklah begitu ketinggalan dalam memperkenalkan isu-isu sensitif sebegini dalam filem. Masih ingat filem Panas (Nurhalim Ismail), Perempuan Isteri & Jalang (U-Wei) atau setidaknya Ringgit Kassorga (Suhaimi Baba)? Filem-filem ini sudah menjual idea seks dan isu sensitif secara terang-terangan.

Bagi Isma isu sensitif seperti memperlihatkan watak wanita jalang, anak muda isap ganja sambil berpesta, remaja lari dari rumah sebagainya yang dipamerkan dalam filem ini sebenarnya adalah realiti dalam kehidupan kita di Malaysia.

“Saya percaya ramai yang akan terkesan dengan beberapa watak yang dilakonkan dalam filem ini walaupun ia agak keterlaluan. Secara jujurnya, dalam beberapa tahun kebelakangan agak lama tidak muncul filem dengan idea mengetengah gejala sosial sebegini. Isu-isu ini sememangnya tengah berlaku dalam negara kita. Ini adalah realiti!”

https://www.instagram.com/p/BkgyUAfhzVN/?taken-by=ismayusoof

Isma ditemui ketika sidang media selepas sesi pratonton filem Blok 404 bersama media semalam di MM Cineplex The Curve, Kota Damansara. Bakal ditayangkan pada 28 Jun 2018 di pawagam, filem ini masih mengekalkan deretan beberapa orang pelakon asal seperti Zamarul Hisham, Raja Azrey dan Datuk Boy Iman. 

Turut membariskan beberapa wajah baru seperti Fasha Sandha, Nur Risteena Munim, Amar Asyraf, Nadia Brian Aedy Ashraf dan Adrea Abdullah. Tak ketinggalan Kamal Adli, Kilafairy, Azrel Ismail, Izreen Azminda dan Taufik Hanafi.

blok 404isma yusoofreview blok 404
https://lomp.at/x4d4l
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara