Tuesday, September 16, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

AEON Malaysia Buat Hal Lagi! Dulu Dalam MRT Sekarang ‘Fashion Show’ Di Medan Selera Pula

by Phic ARMAN
October 14, 2022
66
KONGSIAN
Share on Facebook

AEON Malaysia sering melakukan sesuatu yang unik dan lain daripada yang lain untuk acara pertunjukan fesyen mereka. Jika beberapa bulan lalu Pertunjukan fesyen AEON berlangsung di dalam gerabak MRT, kini mereka memilih medan selera untuk acara Pratonton Fesyen AEON (AFP2022) seterusnya tahun 2022.

Pratonton Fesyen AEON 2022 yang berlangsung semalam diadakan di TAPAK Urban Street Dining, KLCC. Dengan dipenuhi pengunjung yang menikmati makan malam di medan selera itu, mereka disajikan dengan pertunjukan fesyen AFP2022 untuk mempromosikan barisan fesyennya yang akan datang.

Para pengunjung disitu dapat menyaksikan rekaan baju dan penawaran terkini AEON iaitu koleksi utama,  AEON eksklusif dengan Neonate x Guys’ Vision, pakaian Tidur Scarlet dan Ti:Zed  bersama koleksi sempena Tahun Baru Cina 2023.

Ketua Pegawai Dagangan dan Pemasaran AEON, Low Ngai Yuen, ketika di temui di AFP2022 berkata pertunjukan fesyen kali ini diadakan di TAPAK Urban Street Dining kerana lokasi ini merupakan akses untuk orang ramai menyaksikan koleksi-koleksi  fesyen terbaru dari AEON Malaysia.

“Kenapa kami memilih TAPAK? Fesyen itu sendiri adalah untuk semua orang, memang kita pilih tempat-tempat umum. Jika sebelum ini kami memilih dalam gerabak MRT, sekarang apa kata kita berfesyen masa kita makan”- katanya dengan ringkas.

Jom saksikan video kemeriahan Pertunjukan fesyen AFP2022 semalam yang memang luar biasa.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Ini merupakan satu pendekatan menarik dari AEON Malaysia yang benar-benar tidak terfikir oleh kami. Kami tidak akan terkejut jika pengunjung di medan selera juga mula berpakaian lebih bergaya selepas ini sambil menjamu selera.

Untuk maklumat lanjut, lawati Facebook, Instagram dan Twitter AEON Retail Malaysia.

[VIDEO] "Nenek Cakap Aura Dia..." - Pelancong Asing Terpegun Lihat KLCC
AEON MALAYSIAklccLow Ngai YuenTAPAK Urban Street Dining
https://lomp.at/3pzyk
Share26Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Rafidah Dituduh Ada Sebiji Rumah Lain, Siap Beli Sofa Mewah? Kedai Perabot Beri Penjelasan

  2. 2

    Layak Terima Bantuan eWallet Sehingga RM200 Tapi Belum Mohon? Begini Caranya…

  3. 3

    [VIDEO] Irfan Haris Ditegur Netizen-“Jangan Beria Sangat Dik Nanti Kecewa”

  4. 4

    [VIDEO] Aliff Syukri Rakam Qadejah Main Gelongsor Dalam Rumah Buatkan Netizen Terhibur!

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Afwa Nyanyi Lagu Matcha Atau Kopi Buatkan Netizen Teruja!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem