Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aeril Zafrel Tegas Tidak Akan Hantar Anak ke Asrama Kerana Isu Buli

by Puteri Alia
July 29, 2024
Share on Facebook

Pelakon dan usahawan terkenal, Aeril Zafrel, yang juga dikenali sebagai Suhairil Sunari, 36, meluahkan kebimbangannya mengenai isu buli yang semakin serius dalam kalangan pelajar.

Kebimbangan ini menjadi salah satu faktor utama mengapa beliau tidak merancang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah berasrama.

Aeril menjelaskan bahawa bukan sahaja kes buli yang menjadi kebimbangannya, tetapi juga keinginannya untuk tidak berjauhan dengan anak-anaknya dan mahu melihat mereka membesar di depan matanya sendiri.

“Dari sisi pandangan saya, masuk sekolah berasrama ini ada bagusnya juga untuk anak-anak supaya mereka lebih fokus belajar dan berdikari. Tapi macam saya nak lebihkan masa saya dengan mereka sebab saya nak tengok mereka membesar depan mata saya sendiri,” kata Aeril.

Pelakon filem Buas ini menegaskan bahawa isu buli bukan sahaja berlaku di sekolah berasrama, malah di sekolah biasa juga boleh berlaku.

Oleh itu, beliau berpendapat peranan ibu bapa adalah sangat penting dalam mengingatkan anak-anak agar tidak terlibat dalam gejala buli dan memahami bahawa setiap perbuatan ada balasannya.

Aeril turut menyatakan kesanggupannya untuk bangun awal pagi dan menghantar anak-anaknya ke sekolah, walaupun sebenarnya mampu mengupah pemandu untuk melakukan tugas tersebut.

Baginya, momen-momen kecil seperti ini sangat berharga dan tidak mahu terlepas peluang untuk mengalaminya bersama anak-anaknya.

“Saya sanggup bangun 6.30 pagi sebab nak ada momen hantar anak pergi sekolah. Walaupun sebenarnya saya boleh sahaja upah sesiapa, tetapi pada saya itu sahaja momen dengan mereka yang saya mampu buat. Kalau mereka sudah dewasa tak dapat rasa semua itu, momen itu yang saya enggan terlepas,” ujarnya.

Aeril dan isterinya, Wawa Zainal, mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 10, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, 3 tahun.

Aeril Zafrel Nafi Tawar Hadiah Wang Tunai RM30,000, Seru Orang Ramai Waspada Dengan Scammer!

Aeril Zafrel tidak hanya mementingkan kerjaya dan perniagaan, tetapi juga amat mengambil berat tentang kesejahteraan dan keselamatan anak-anaknya, mencerminkan nilai-nilai kekeluargaan yang tinggi dalam kehidupan sehariannya.

Aeril ZafrelKes buliwawa zainal
https://lomp.at/437ho
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @amir.ahnaff (IG)
Lokal

[VIDEO] Amir Ahnaf Kongsi 2 Ciri Wanita Idaman, Peminat Mula ‘Queue’ & Cuba Nasib

by Nurul A.
March 13, 2026

Nama pelakon Amir Ahnaf menjadi perbualan ramai selepas video pendeknya yang berkongsi ciri-ciri wanita idaman telah tular di media sosial....

Read moreDetails
Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Aida Aris Buat ‘Live’ Di Sebelah Jenazah Anak Amyza Aznan, Undang Teguran Netizen!-“Tolong Hormat…”

by Naddy Joe
February 24, 2026

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail...

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara