Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Afgan Kembali Dengan Album Baharu ‘Retrospektif’-“Selepas Bertahun-Tahun Bereksperimen..”

by Naddy Joe
November 21, 2025
Share on Facebook

Setelah tujuh tahun tidak muncul dengan album penuh berbahasa Indonesia, penyanyi tersohor Afgan kembali dengan buah tangan terbaharu berjudul Retrospektif.

Album ketujuh ini menjadi penanda penting dalam perjalanan seni dan peribadinya, menampilkan refleksi mendalam mengenai proses jatuh bangun serta bagaimana beliau menemukan semula suara paling jujur dalam dirinya.

Karya ini turut menandai kepulangan Afgan ke akar muzik pop Indonesia yang membentuk identitinya sebagai seorang artis.

Menurut Afgan, Retrospektif hadir sebagai ruang renungan peribadi, di mana Afgan menulis dan merakam lagu-lagunya dengan pendekatan yang lebih intim dan telus.

“Album ini bukan sekadar menoleh ke masa lalu, tetapi menjadi cara memahami perjalanan yang membentuk diri dari aspek kehidupan mahupun pengalaman muzik.

Selepas bertahun-tahun bereksperimen, saya ingin kembali ke akar yang pernah mendewasakan saya. Tapi kali ini dengan hati yang lebih matang, jujur dan sedia berbagi cerita,” katanya.

Dihasilkan Oleh Barisan Komposer Terkenal Indonesia

Album yang memuatkan sepuluh lagu ini menampilkan elemen pop dan R&B yang menjadi identiti Afgan, namun disampaikan melalui produksi yang lebih organik dan hangat.

Proses pembikinannya turut membabitkan barisan komposer terkemuka seperti Petra Sihombing, Muhammad Kamga, Iqbal Siregar, Bilal Indrajaya dan Rendy Pandugo. Majoriti produksi album diterajui Petra Sihombing, manakala dua lagu lain diterbitkan oleh Gerald Situmorang dan Rendy Pandugo.

View this post on Instagram

Sebagai penerbit, Petra Sihombing menyaksikan sendiri bagaimana Afgan melalui proses pencarian kreatif sepanjang penghasilan album ini.

Menurutnya, Afgan hadir tanpa perancangan besar, namun secara perlahan menemukan arah dan bahasa muzik yang ingin disampaikan.

“Saya menyaksikan seseorang melewati proses pencarian itu adalah perkara yang sangat indah. Tenaga itu yang buat album ini berasa sangat peribadi kerana kita tidak tunggu inspirasi datang, tapi mencarinya bersama,” jelas Petra.

YouTube video

Secara keseluruhan, Retrospektif adalah potret kematangan Afgan sebagai pemuzik dan insan. Album ini bukan mengenai nostalgia, tetapi penerimaan dan penghargaan terhadap perjalanan hidup.

Retrospektif kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital bermula 19 November 2025, membawa pendengar menyelami kisah perjalanan, kehilangan dan ketulusan yang menjadi inti karya seorang Afgan.

[VIDEO] Minat Punya Fasal, Peminat Bawa Ibu Ke Rumah Untuk Merisik Afgan
afgan
https://lomp.at/un6qo
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @yusuf_bahrin (IG)
Lokal

‘Ugut’ Saman Pengguna Threads, Tapi Komen Bekas ‘PA’ Yusuf Bahrin Pula Buat Ramai Terkejut

by Nurul A.
April 3, 2026

Nama aktor Yusuf Bahrin terus menjadi perbualan ramai sejak isu perceraiannya dengan penyanyi Zizi Kirana. Dan kali ini pula melibatkan...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG)
Lokal

Netizen Tersentuh Dengan Pesanan Fazura- “Kawal Diri Daripada Perbuatan Buruk”

by Nurul A.
March 4, 2026

Pelakon Fazura mencuri perhatian ramai sekali lagi apabila berkongsi luahan panjang yang penuh dengan makna di platform Threads. Berdasarkan pemerhatian...

Read moreDetails
Spotlight

Fauziah Nawi Cabar Diri Jadi Penagih Dadah, Sampai Pengarah Tegur Sebab ‘Lalok’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau sebut nama Fauziah Nawi, memang tak perlu diperkenalkan lagi. Aktres senior ini sudah lama membina nama dengan lakonan penuh...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @katseyeworld (IG) / @meretmanon (IG)
Korea

Manon Beri Penjelasan Selepas Peminat Panik Nama ‘KATSEYE’ Dipadam Dari Bio IG

by Nurul A.
April 3, 2026

Ahli kumpulan KATSEYE, Manon Bannerman menjadi topik perbualan ramai sekali lagi selepas memadam nama kumpulannya daripada akaun Instagram peribadinya. Tindakan ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara