Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Afgan Terbiasa Pakai Tasbih Digital Lepas Pulang Haji, Akui Zikir Buat Hati Tenang

by Naddy Joe
November 8, 2025
Share on Facebook

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgan mengakui penggunaan tasbih digital untuk berzikir kini menjadi rutin hariannya setelah pulang menunaikan ibadah Haji pada Mei lalu.

Afgan atau nama sebenarnya Afgansyah Reza menyatakan bahawa dia sudah mula terbiasa menggunakan tasbih digital sejak menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah dan berpendapat amalan tersebut memberikan ketenangan lebih apabila merasa cemas terutamanya ketika berhadapan dengan orang ramai.

“Saya tak pernah guna sebelum Haji.

Ia menjadi kebiasaan waktu saya tunai Haji. Di sana saya tak pernah tanggalkan tasbih digital. Sampai sekarang saya masih suka pakai (tasbih digital) ketika saya rasa sedikit cemas, bertemu ramai orang atau dalam hal apa pun, saya sentiasa berzikir.”-kata Afgan kepada Murai MY

Lebih Dekat Dengan Allah

Tambah Afgan, perubahan terbesarnya setelah selepas menyempurnakan Ibadah Haji itu membuatkannya lebih tenang dan lebih bertawakal dalam menjalani kehidupan.

“Perubahan terbesar selepas Haji pastinya saya merasa lebih dekat dengan Allah SWT, lebih berserah dan tawakal dalam menjalani kehidupan.”-ujarnya

Sebelum ini, Afgan mencuri perhatian netizen selepas dilihat memakai tasbih digital ketika berada di salah sebuah stesen radio tempatan. Malah, yang memuji sikapnya yang mula istiqomah ke arah kebaikan setelah selesai menyempurnakan rukun Islam kelima pada Mei lalu.

Afgan ditemui Murai di sidang Media Retrospektif Showcase yang diadakan di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur pada Jumaat.

Penyanyi berusia 36 tahun ini bakal mengubat rindu peminat Malaysia dengan Retrospektif Showcase pada 5 Disember ini di Zepp Kuala Lumpur bersempena dengan pelancaran album baharunya, Retrospektif.

Harga tiket bermula RM358 (general standing), RM398 (VIP Standing), RM698 (normal seat), RM798 (premium seat), RM1398 (VIP Box),  dan sudah mula dijual pada 1 Oktober lalu di laman web GOLive.

Sering Bermanja Dengan Anjing Peliharaan, Peminat Terkejut Lihat Afgan Tunai Haji
afgan
https://lomp.at/tl7xd
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Pelajar Sekolah Rendah Sanggup Koyak Buku Untuk Minta Autograf, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian netizen apabila 'diserbu' sekumpulan pelajar sekolah rendah di salah sebuah restoran...

Read moreDetails
Spotlight

Aktor Transformers, Shia LaBeouf Naik Angin Tumbuk Lelaki Gay. Apa Puncanya?

by Phic ARMAN
February 20, 2026

Kontroversi demi kontroversi. Nama Shia LaBeouf sekali lagi jadi bualan hangat, kali ini bukan di karpet merah atau set penggambaran,...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Spotlight

Siti Nurhaliza Tak Sangka Peminat Masih Angau- ‘Abang Bagi Spray Muka Dia Sket’

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dah nama Dato’ Sri Siti Nurhaliza, atau lebih mesra dipanggil TokTi, memang lain macam impaknya. Bukan setakat lagu masih...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara