• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Afif Tirmizie Tampil Dengan Single Terbaru ‘Kabus’, Runut Bunyi Filem ‘Halimun’

by Arsiqin Yusof
October 28, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Afif Tirmizie meneruskan pelayaran seninya dengan single terbaru berjudul Kabus. Bagi seorang penyanyi dan produser vokal seperti Afif, lagu hasil tulisan dan gubahan Amylea Azizan ini tentunya mempunyai kekuatan dan keistimewaan tersendiri yang membuatkan dia bersetuju untuk menyanyikannya.

Menurut Afif, Kabus yang merupakan lagu runut bunyi filem Halimun mengisahkan tentang seorang lelaki yang melalui detik sukar untuk menjalani hidup tanpa wanita istimewa yang sangat dicintainya.

Punya Interpretasi Sendiri

Justeru, lagu Kabus edaran Sony Music Entertainment Malaysia ini sememangnya menjanjikan kelainan berbanding lagu-lagu yang pernah Afif nyanyikan sebelum ini.

“Dari interpretasi saya, Kabus ini menceritakan tentang betapa sedih dan pilunya untuk menerima kenyataan orang yang sangat dicintai itu sudah tiada, kemudian harus meneruskan kehidupan tanpa dirinya lagi di sisi. Itu tentunya satu perasaan yang sangat perit untuk dilalui.

“Istimewanya tentang Kabus ini, saya boleh katakan ia adalah single yang terbaik pernah saya nyanyikan, muzik videonya juga adalah yang terbaik pernah saya lakonkan. Sepanjang perjalanan dan persiapan lagu ini bersama Amylea dan penerbit dari Azura Pictures, saya sangat senang, semuanya terbaik. Saya sangat bersyukur kerana dapat jadi penyanyi untuk lagu Kabus ini. Terima kasih kepada Amylea dan Puan Azura kerana memberi kepercayaan kepada saya menyanyikan lagu ini dan tampil dengan muzik video yang sangat baik,” katanya.

Kerjasama Dengan Amylea

Sementara itu, Afif mengulas tentang kerjasama bersama penyanyi, penulis lirik dan komposer yang tidak disangkal lagi bakat serta kreativitinya, Amylea Azizan. Kata Afif, Amylea adalah seorang yang sangat profesional dan mudah bekerjasama.

“Saya sudah kenal Amylea sudah agak lama, tapi untuk projek single, ini adalah kali pertama kami bekerjasama. Perasaan saya macam-macam, ada teruja dan pelbagai lagi, tambahan kami masing-masing aktif dalam kerja penghasilan vokal (vocal producing). Amylea adalah seorang yang sangat profesional dan sangat senang
untuk bekerjasama.

“Saya sangat beruntung bekerjasama dengan Amylea sepanjang menghasilkan lagu dan muzik video Kabus kerana dia bukan sahaja memberikan lagu yang sangat baik, tapi juga idea dan penceritaan yang baik untuk saya nyanyikan,” katanya lagi.

“Setelah bertungkus lumus dalam menghasilkan lagu yang diminati, Afif tentunya berharap agar Kabus mendapat sambutan positif daripada para pendengar di Malaysia.

“Kepada semua pendengar,saya berharap anda menyokong saya menerusi lagu Kabus ini. Ini adalah impian saya untuk menjadi seorang penyanyi yang berjaya. Jadi saya berharap, menerusi lagu ini, saya berpeluang untuk merealisasikan impian tersebut, juga diterima oleh semua pendengar di Malaysia.

“Terima kasih kepada Amylea, Puan Azura dan seluruh tenaga kerja produksi Azura Pictures, Pengarah dan tenaga kerja produksi Two Faces untuk muzik video, dan semua yang terlibat dalam menjayakan lagu Kabus,” katanya menutup bicara.

Amylea Teruja

Dalam pada itu Amylea menambah, dia juga sangat teruja bekerjasama dengan Afif yang dianggap sangat berbakat dan mempunyai suara yang unik.

“Saya sangat teruja untuk bekerja dengan Afif sebab saya tahu, bukan senang nak kerja dengan orang seperti Afif yang sudah tahu apa yang perlu dilakukan selain berbakat besar dan mempunyai suara yang sangat unik. Memandangkan Afif juga seorang produser vokal, jadi kita sudah tahu apa jangkaan yang diharapkan olehnya dalam projek ini. Kadang-kadang saya risau untuk berkerja sesama produser vokal, bimbang idea tak diterima, tapi Afif sangat mudah dan dia sentiasa terbuka menerima cadangan.

“Bagi saya kekuatan yang dimiliki Afif dalam menyanyikan lagu ini adalah nada suara yang bagus dan penghayatan yang sangat tinggi. Dia juga beri banyak pilihan ketika proses rakaman hingga saya pun keliru nak pilih mana satu, semuanya bagus. Kalau dengar sahaja suaranya, mesti orang tahu penyanyinya adalah Afif. Saya sangat berharap lagu ini akan membawa Afif sejauh yang mungkin.

“Untuk cabaran pula bagi saya adalah untuk menentukan key yang terbaik untuk lagu ini, kerana kebolehan vokal Afif sangat luas, Dia menyanyi tinggi kedengaran sedap, rendah dan pertengahan juga sedap didengar. Akhirnya kami dapat buat keputusan untuk tentukan key yang sesuai, dia lakukan dengan terbaik. Malah saya juga yakin Afif akan menyanyikan lagu ini dengan lebih baik ketika secara langsung kerana banyak ruang yang dia boleh gunakan,” jelasnya.

Filem ‘Halimun’ yang dibintangi pelakon Beto Kusyairy, Nabila Huda, Kodi Rasheed dan Chubb-E, terbitan Azura Pictures Sdn. Bhd.ini bakal ditayangkan di pawagam rumah anda menerusi saluran Astro First mulai 5 November 2022.

Lagu ‘Kabus’ boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, JOOX Music, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Afif Tirmizie
https://lomp.at/3xybf
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @@glowingbjmgroup (TikTok)
Indonesia

[VIDEO] Comelnya! Wanita Ini Curi Perhatian Selepas Terima Kucing Sebagai Hantaran Kahwin

by Nurul A.
October 23, 2025

Bagi kebanyakan pengantin, hadiah perkahwinan atau hantaran sememangnya sinomin dengan barangan berharga daripada barang kemas, beg tangan mewah hingga ke...

Read more
Lokal

[VIDEO] Che Ta Akui Harus Belajar Untuk ‘Melepaskan’, Cetus Rasa Sebak Netizen

Pelakon, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen majlis pertunangan anak lelakinya,...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Reaksi Tok Ram Bila Datin Alyah Buat Kejutan Menyanyi Di Pentas, Netizen Terhibur

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Datin Alyah membuat kejutan menyanyi semasa Tok Ram menjadi juri di sebuah pertandingan...

Read more
by Noah Ab
September 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Shahrol Shiro Beri Kejutan Mahu ‘Terjah’ Isteri, Netizen ‘Bimbang’ Silap Hospital Lain!

Pelawak, Shahrol Shiro sebelum ini meluahkan rasa bimbang terhadap isterinya, Nor Farhanah bersama anak lelaki mereka, Iskandar Rizqi yang sebelum...

Read more
by Naddy Joe
November 26, 2025
Lokal

[VIDEO] Che Ta ‘Usik’ Aaisyah Bertudung, Netizen Terhibur!-“Dia Pun Iman Turun Naik..”

Gelagat pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sentiasa menghiburkan netizen...

Read more
by Naddy Joe
October 29, 2025
Lokal

Kontroversi Buat Hilang Kawan, Aliff Aziz Akui Hidup Pernah Gelap Namun Tetap Bangkit

Nama yang pernah menjadi tumpuan kontroversi dan cemuhan, Aliff Aziz kini memilih untuk melihat semula perjalanan hitamnya dengan rasa syukur....

Read more
by Puteri Alia
November 18, 2025
Lokal

[VIDEO] Hael Husaini Ingin Buat Lagu Raya Mengikut Kehendak Netizen-“Cuba Bagi Idea”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Hael Husaini yang menanyakan kepada netizen lagu raya apakah yang dimahu mereka. Namun...

Read more
by Noah Ab
November 26, 2025
Lokal

Amylea Buang Simbol Cinta Dalam Tong Sampah, Padam Semua Foto Bekas Suami Lepas Umum Cerai

Bagaikan menutup satu bab penuh kenangan dan membuka helaian baharu dalam hidupnya, penyanyi dan komposer berbakat, Amylea Azizan, mengambil langkah...

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Lokal

[VIDEO] Gelagat Afwa Minta Ais Kepal Dekat Siti Nurhaliza Buatkan Netizen Terhibur!

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Afwa yang meminta kepada Siti Nurhaliza untuk makan ais kepal ketika beliau sedang...

Read more
by Noah Ab
October 21, 2025
Lokal

Abby Abadi Tegur Lelaki Gatal Kahwin Baru Tapi Culas Nafkah – “Tanggungjawab Ke Laut!”

Pelakon dan aktivis kemanusiaan, Abby Abadi tampil bersuara lantang membela nasib wanita teraniaya apabila menegur sikap segelintir lelaki yang sanggup...

Read more
by Puteri Alia
October 8, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  5. 5

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore