Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

by Phic ARMAN
December 26, 2025
68
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon legenda era 90-an, Deanna Yusuff, baru-baru ini mencuri perhatian ramai bila berkongsi luahan hati tentang sambutan Krismas dan jujurnya, ia bukan luahan biasa-biasa.

Dalam nada yang tenang tapi deep, Deanna menjelaskan kenapa Krismas sentiasa dekat di hatinya. Bukan soal agama, bukan juga ikut tradisi semata-mata. Tapi sebab rasa yang dia simpan sejak kecil.

Untuk yang mungkin tak tahu, Deanna, yang lahir pada 3 Januari 1967, merupakan pelakon wanita Malaysia berdarah kacukan Melayu–Switzerland. Beliau mula melangkah masuk ke dunia hiburan secara profesional pada tahun 1990, dan namanya terus menjadi sebutan selepas membawakan watak Mastura dalam filem Selubung, lakonan yang melayakkan beliau merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-10.

Menurut Deanna dalam postingnya di sosial media, Krismas adalah musim yang buat dia rasa “hidup”. Musim yang penuh kehadiran, rasa dimiliki, dan kehangatan yang susah nak diterjemah dengan kata-kata.

Deanna membesar di kawasan desa Switzerland yang diselimuti salji. Di situlah semua memori Krismas itu terbentuk, keluarga berkumpul, muzik yang meresap ke jiwa, dan momen kecil yang akhirnya jadi kenangan besar.

FOTO: heartpatrick.com

Krismas bagi Deanna bukan perkara grand. Ia tentang biskut yang dibakar dalam oven, roti halia dan buah limau atas meja, cari pokok untuk dihias sama-sama, jalan kaki hirup udara sejuk musim sejuk, hadiah DIY penuh kasih sayang dan suara yang menyatu dalam lagu.

Kini, walaupun menetap di Asia dan tak selalu pulang ke Switzerland, Deanna percaya satu perkara. Rsa itu tak pernah hilang. Ia masih hidup dalam rutin kecil, baking, ritual peribadi, lagu yang dia hum perlahan, dan cinta yang dia curahkan pada hari itu.

Tarian Sumazau Meriahkan Krismas Tambunan, Tradisi Dusun Liwan Kekal Relevan
VIA IG DEANNA YUSUFF

Tak dinafikan, ada yang tertanya-tanya kenapa dia masih meraikan Krismas. Jawapan Deanna ringkas tapi kena tepat ke hati:

“Sebab saya pilih untuk raikan apa yang buat jiwa saya menyala.”

Bagi Deanna, memori dan perasaan itu sudah sebati dalam diri. Ada yang pernah sama-sama meraikan Krismas dengannya dulu kini sudah tiada, dan ada tahun-tahun yang berlalu tanpa Switzerland. Tapi esensinya tetap dia bawa ke mana saja dia pergi.

“Krismas hidup dalam diri saya,” katanya. Dan perasaan itu, tiada siapa boleh ambil.

Di hujung coretan, Deanna titipkan doa agar semua orang menikmati hari tersebut dengan cara masing-masing tak kira bagaimana, di mana, atau dengan siapa.

Simple, jujur, dan penuh makna. Kadang-kadang, yang buat sesuatu perayaan itu istimewa bukan namanya api rasa yang tinggal dalam hati.

VIA IG DEANNA YUSUFF
deanna yusuffkrismas
https://lomp.at/deanna
Share27Tweet17SendShare

KINI TRENDING

Foto - Air Selangor
Inspirasi

Air Selangor Ketengahkan Mesej Kesihatan Mental Menerusi ‘Raya Ikut Rasa’

by Nurul A.
March 20, 2026

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mempersembahkan sebuah video pendek. Bertajuk ‘Raya...

Read moreDetails
Insentif

Rumah Subsidi RM20K & Pinjaman Tanpa Faedah 16 Tahun, RMR Jadi Rebutan Rakyat Terengganu

by Ayu Kamaruddin
March 4, 2026

Sebanyak 680 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina di Terengganu pada tahun ini menerusi inisiatif Syarikat Perumahan Negara Berhad...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Elak Rugi Masa Tax Refund, Ini Relief Yang Perlu Anda Semak Sekarang

by Phic ARMAN
March 2, 2026

Musim tax refund kembali lagi dan ramai rakyat Malaysia sudah mula isi borang cukai lebih awal supaya tak terlepas peluang...

Read moreDetails
Insentif

Rezeki Raya! Bayaran STR Fasa 2 Diawalkan Bermula Esok

by Ayu Kamaruddin
March 9, 2026

Berita yang pastinya melegakan ramai rakyat Malaysia, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang sebelum ini dijadualkan pada April...

Read moreDetails
via reddit
Sosial Buzz

Pelancong Dakwa Terpedaya Harga Makanan RM2 Di Kawasan Tumpuan Pelancong

by Naja Nix
February 12, 2026

Seorang pelancong meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa dikenakan caj berbeza daripada harga yang dimaklumkan ketika menikmati hidangan di sebuah kawasan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  3. 3

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  4. 4

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

  5. 5

    Individu ‘Flex’ Jadi Rakan Kelas Tengku Ampuan Pahang, Tapi Komen Netizen Buat Ramai Terhibur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara