• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramai Rakan Selebriti, Ahmad Adly Rupanya Pernah Satu Sekolah Dengan Ismail Izzani!

"Saya memang rapat dengan Ismail Izzani sebab kami satu sekolah dulu" ujar Adly

by Khai Azfar
August 23, 2021
38
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi remaja generasi kini Ahmad Adly Sofwan,21 atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Ahmad Adly tidak menolak bahawa dia sememangnya mempunyai ramai rakan-rakan selebriti seangkatannya.

Satu Sekolah Dengan Ismail Izzani 

Menurut Adly,antara selebriti yang sudah dikenalinya sejak sekian lama adalah penyanyi Ismail Izzani yang secara kebetulan merupakan rakannya sejak di bangku sekolah. Malah, sejak mula menceburkan diri di dalam industri hiburan Adly akui bertuah kerana mendapat peluang untuk mengembangkan lagi bakat dan namanya.

“Saya memang rapat dengan Ismail Izzani sebab kami satu sekolah dulu

“Pernah suatu hari, Ismail ada sebuah program persembahan, saya ikut sekali dan terjumpa Hafiz Hamidun.

“Lepas daripada itu, Hafiz ada tawarkan saya untuk membuat single pertama dan kami pun bekerjasama untuk lagu tersebut. Daripada situlah, saya sedikit sebanyak mahu lebih berusaha untuk pergi lagi jauh di dalam industri” kata Adly kepada Murai.my

Bagaimanapun, bekas peserta program Lagu Cinta Kita musim kedua (LCK2) itu menolak tanggapan sekiranya dia menumpang populariti rakan-rakan selebriti yang lain.

“Bagi saya, saya hanya menceritakan perihal yang sebenar. Apa yang terjadi dalam perjalanan hidup saya dan saya tidak mempunyai niat untuk menumpang populariti mana-mana nama sekali pun. Tetapi, jika mereka mahu cakap begitu saya lebih selesa untuk berdiri di atas nama sendiri sebab lambat-laun pun kalau kita tumpang nama orang lain orang akan lupa juga nama kita. Jadi lebih baik kembangkan bakat sendiri. Saya lebih selesa orang kenal saya sebagai Ahmad Adly” tambahnya

Lagu Ciptaan Yonnyboii

Adly ditemui Murai.my secara virtual ketika majlis sidang media single terbaharunya, Nota Hasratku. Menariknya mengenai lagu ini, ia bukan sahaja merupakan garapan bersama penyanyi berbakat besar, Yonnyboii malah Nota Hasratku juga merupakan luahan isi hati Adly melihatkan keadaan semasa mereka yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Seperti mana yang kita semua tahu pelbagai dugaan yang dihadapi sampai ada yang terganggu emosi sampai sanggup membunuh diri. Semuanya kerana tekanan dihadapi sehingga ada yang tidak mampu melaluinya lagi.

“Tapi di sebalik ujian dan dugaan percayalah ada sinar juga menanti. Anda tidak keseorangan dalam menghadapinya memandangkan masih ramai yang mahu membantu. Jadi, jangan sesekali bersendirian dan carilah jalan untuk keluar daripada masalah tersebut,” katanya.

Lagu kerjasama Indigital Music dan Alternate ini telah pun dilancarkan secara rasmi pada 6 Ogos di semua platform digital dan Youtube Indigital Music. Difahamkan, lagu ini bakal menjadi lagu runut bunyi drama Lelaki Pendosa yang bakal ditayangkan di TV3, tidak lama lagi.

YouTube video
Ahmad AdlyIsmail Izzani
https://lomp.at/d3er8
Share15Tweet10SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (IG)
Lokal

Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

by Nurul A.
February 6, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian ramai selepas menolak cadangan sesetengah pengguna media sosial di platform Threads....

Read moreDetails
Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @noornabila (IG)
Lokal

Noor Nabila Buka Mulut Tentang Kekasih Baru, Netizen Lega Bukan Aliff Aziz

by Nurul A.
February 5, 2026

Usahawan dan pempengaruh gaya hidup, Noor Nabila kembali mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar mesranya bersama seorang jejaka. Menerusi...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore