• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

[VIDEO] 5 Tahun Terabai… Ahmad Iqbal, Yayasan Ikhlas Bantu Adik Hafiz Derita Sakit Saraf

by Phic ARMAN
June 28, 2023
Share on Facebook

Penderitaan adik Muhammad Hafizuddin atau Hafiz dari Terengganu yang diuji penderitaan penyakit saraf sejak lima tahun lalu mendapat perhatian Yayasan Ikhlas (YI).

Badan bukan berasaskan keuntungan itu dalam kenyataan medianya berkata, kempen murni dipanggil Kempen Bantu Pesakit Sihat (BPS) adalah kempen yang sedang diusahakan saat ini.

Dana yang bakal dikumpul termasuklah pembiayaan adik Hafiz selain disalurkan bantuan dan keperluan kepada beberapa pesakit lain.

Hal itu disahkan oleh Pengerusi YI, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin menerusi kenyataan media disampaikan baru-baru ini.

“Kempen Bantu Pesakit Sihat ini sudah berjalan selama dua tahun lalu, di mana pihak kami (Yayasan Ikhlas) dalam usaha membantu golongan yang tidak berkemampuan ini yang tersisih daripada segi pembiayaan bantuan kewangan dan perubatan.

“Ikutkan sudah ramai pesakit yang pihak kami berjaya bantu sejak kempen ini berjalan. Kes adik Hafiz antara yang terpencil kami usahakan baru-baru ini.

“Kami berusaha mahu membantu dan mengurangkan beban keluarganya. Kami menyeru orang ramai turut sama-sama ambil tanggungjawab bantu menderma, dan boleh layari bantupesakitsihat.com/bantu-hafiz/,” kata Prof Dr Zainur Rashid.

Beberapa minggu lalu YI berkunjung ke kediaman adik Hafiz di Kuala Terengganu dan disertai ahli perniagaan serta pempengaruh kontroversi, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Keadaan semasa ruang bilik adik Hafiz yang kelihatan agak daif
Keadaan adik Hafiz semasa kali pertama bertemu dengan Yayasan Ikhlas

Malah Iqbal turut memuat naik video di laman Instagramnya mengenai kunjungan terbabit.

@khairulmanaf52

Ada sesiap yang kenal NGO untuk bantu Adik Haffizudin? . #fyp #fypシ #kebaikan #2023 #malaysia #viral #mohonshare #kuasasedekah #asnaf #iqbal

♬ original sound – KM – KM

“Sebelum bekerjasama dengan YI, nama saya turut dipetik di kalangan warganet untuk membantu adik Hafiz. Tapi saya bersyukur ia dipermudahkan menerusi kerjasama dengan YI ini. Lagipun sementara nama saya dikenali, boleh guna peluang ini untuk ajak masyarakat menderma terus ke YI bagi Kempen BPS ini.

“Dari Kuala Lumpur saya terbang Ke Kuala Terengganu untuk menjayakan lawatan bersama YI ke rumah adik Hafiz. Malah sempat juga saya, pihak YI dan sukarelawan universiti mengemas rumah, membaiki bahagian rosak dan mengecat kediaman, membeli peralatan dapur serta katil khas kepada adik Hafiz.

Wakil dari pihak Yayasan Ikhlas bersama-sama memikul katil untuk serahan bantuan kepada adik Hafiz
Gotong royong membersihkan kawasan rumah adik Hafiz.

“Saya sangat hiba, sedih dan dalam masa yang sama seronok dapat turut membantu. Sebagai pempengaruh, ada kelebihan mempunyai pengikut ramai. Dari situ sebaran info sebegini dapat mensasarkan lebih ramai orang untuk tahu isu yang ada.

“Saya berharap lebih ramai pempengaruh atau artis lain dapat turut membantu untuk menyebarkan sebarang mesej yang sebegini. Selain dari itu saya juga menyeru orang ramai turut sama-sama menderma sekecil-kecil nilai bermula RM10 seorang,” kata Ahmad Iqbal.

Wakil dari pihak Yayasan Ikhlas bersama dengan selebriti tempatan dan pempengaruh, Ahmad Iqbal di sisi adik Hafiz dan ayahnya

Tambah Ahmad Iqbal lagi, kempen sebegini harus diwar-warkan dengan lebih meluas lagi sebab masih ramai rakyat Malaysia yang tersisih dan memerlukan bantuan.

“Dengan kempen sebegini orang ramai senang mendapat maklumat untuk sama-sama turut membantu meringankan beban yang ditanggung.

“Saya puji usaha YI kerana sama-sama mengambil tanggungjawab untuk menjalankan kempen yang lebih besar kesedarannya bagi mempercepatkan bantuan kepada adik Hafiz. Saya lihat YI juga sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang telus menerusi kempen dan usaha dianjurkan,” kata Ahmad Iqbal.

Sementara itu, kesihatan adik Hafiz, 21, dari Kampung Lorong Haji Da, Batu Buruk dilaporkan merosot sejak terjatuh tangga di sekolahnya ketika berusia 16 tahun.

Adik Hafiz di sisi anak saudaranya
Wakil Yayasan Ikhlas, Mohd Khairul Ahmad Nordin menyerahkan bantuan kepada bapa adik Hafiz

Berusia seperti remaja, namun hakikatnya adik Hafiz berbadan kecil dan kurus kering kerana beratnya hanya sekitar 10 kilogram.

Menerusi kenyataan YI lagi, lima bulan selepas kejadian terjatuh tangga itu, anak bongsu dari lima beradik itu mengalami demam panas sehingga pergerakannya terbatas dan tidak lagi seimbang.

“Penderitaan dan sakit yang di alami selama lebih lima tahun ini, asbab berpunca dari jatuh tangga di sekolah ketika adik Hafiz berumur 16 tahun sehingga menyebabkan demam panas. Lima bulan kemudian, dia hilang keseimbangan badan serta berjalan senget.

“Musibah yang menimpa ini menyebabkan dia tidak dapat mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Lebih menyayat hati, ibunya, Khatijah Muhammad sudah kembali ke rahmatullahi empat tahun lalu akibat penyakit kanser payu udara. Jiwanya semakin runtun apabila ibunya tiada di sisi dan keadaan kesihatannya semakin merosot sehingga tulangnya menjadi rapuh dan kakinya patah tiga,” kata wakil YI.

Tambah kenyataan YI lagi, kini, bapa adik Hafiz, Ismail Wahab seorang pesara berusia 63 tahun mengambil tanggungjawab sepenuhnya menjaga dan menguruskan keadaan anaknya itu.

“Mereka tinggal di sebuah rumah yang sangat daif, terletak di Kampung Lorong haji Da, Batu Burok Kuala Terengganu. Dinding rumah berlubang dan bekalan elektrik telah di potong selama setahun.

“Ismail menyara hidup, dengan bergantung sepenuhnya dari wang pencen yang berbaki RM800 sebulan serta bantuan RM300 dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Ismail memaklumkan, sebahagian besar wang pencennya di gunakan untuk melunaskan hutang pinjaman bank yang di buatnya untuk membuka kedai makan sejurus bersara empat tahun lalu.

“Namun, kedai makan tersebut terpaksa ditutup ekoran kerugian akibat pandemik COVID 19, sekaligus menyebabkannya hilang punca pendapatan Ini antara 1001 kisah manusia yang di uji sakit, daif dan miskin. Atas rasa peduli dan prihatin, YI hadir mendengar keluh kesah, lalu tanpa berlengah menghulurkan bantuan yang di perlukan adik Hafiz,” kata wakil YI.

Untuk rekod, YI hadir memberikan bantuan berkala selama setahun seperti bantuan susu, lampin pakai buang, bantal dan tilam.

Bantuan berkala ini juga akan terus menerus bersama adik Hafiz dan akan mengikuti perkembangan kesihatannya sehingga mendapat berat badan yang lebih baik.

Anggaran kos yang perlu di tanggung bapanya juga adalah sebanyak RM2,000 sebulan

Ahmad Iqbal ZulkefliMuhammad HafizuddinYayasan Ikhlas (YI)
https://lomp.at/39xi5
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Fattah Amin Umum Nikah Ahad Ini Depan Amira Othman Dengan Restu Sahabat & Keluarga

by Puteri Alia
September 8, 2025

Suasana pelancaran lagu duet Amira dan Irfan Haris berjudul Rasa & Takdir bertukar menjadi luar biasa apabila dewan yang pada...

Read more
Lokal

Zizi Kirana Mohon Orang Ramai Fokus Tentang Palestin Daripada Masuk Campur Hal Rumah Tangga Orang Lain

Penyanyi dan aktivis, Zizi Kirana memohon orang ramai untuk memberikan fokus terhadap isu Palestin yang lebih penting daripada masuk campur...

Read more
by Naddy Joe
October 23, 2025
Lokal

Amylea Buang Simbol Cinta Dalam Tong Sampah, Padam Semua Foto Bekas Suami Lepas Umum Cerai

Bagaikan menutup satu bab penuh kenangan dan membuka helaian baharu dalam hidupnya, penyanyi dan komposer berbakat, Amylea Azizan, mengambil langkah...

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Lokal

Kahwin Lelaki Belanda, Sabronzo Akui Sedang Bimbing Suami Mualaf – “Saya Tak Mahu Tekanan Dari Sesiapa”

“Alhamdulillah, semuanya okey dan berjalan lancar,” demikian kata anggota kumpulan Dolla, Sabronzo, ketika berkongsi tentang kehidupannya selepas bergelar isteri kepada...

Read more
by Puteri Alia
November 6, 2025
Foto - @drfietawfek (IG)
Lokal

Beri Penghargaan Kepada Nubhan, Netizen Puji Sikap Ibu Dr Fie- “Punya Ilmu & Cukup Adab”

"Buang yang keruh, ambil yang jernih", itu peribahasa yang sesuai untuk gambarkan keperibadian ibu Dr Fie iaitu Dr Zailah Zainuddin....

Read more
by Nurul A.
November 28, 2025
Lokal

Ryzal Ibrahim & Ayda Jebat Bersuara Isu Bawa ‘Stroller’ Dalam ‘Mall’

Baru-baru ini tular isu penggunaan stroller bayi di media sosial selepas salah seorang netizen mempersoalkan sikap ibu bapa yang mahu...

Read more
by Naddy Joe
October 23, 2025
Foto - The Straits Times
Korea

[VIDEO] Gara-Gara Dialog Kontroversi Dalam ‘Tempest’, China Boikot Gianna Jun

Siri drama baharu di Disney+ iaitu 'Tempest', yang dibintangi oleh aktres Korea Selatan iaitu Gianna Jun telah mencetuskan kemarahan yang...

Read more
by Nurul A.
September 25, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

Tahun ini, peminat Shah Rukh Khan sudah semestinya merindui dan menantikan salah satu tradisi yang dinanti-nantikan dalam Bollywood iaitu pesta...

Read more
by Nurul A.
October 24, 2025
Foto - @puterisarahliyana (IG)
Lokal

Obses Dengan Puteri Sarah, Individu Misteri Ancam Mahu Hantar Sihir

Rasanya sudah lama kita tak mendengar khabar daripada pelakon Puteri Sarah Liyana kan? Baru-baru ini, Puteri Sarah mendedahkan dia diganggu...

Read more
by Nurul A.
November 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Ayah Amira Othman Hadiahkan Alunan Piano Di Majlis Resepsi Perkahwinannya..

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan bapa kepada Amira Othman yang bermain piano semasa di majlis resepsi perkahwinan Amira...

Read more
by Noah Ab
October 13, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan Anakanda Sultan Mizan Undang Perhatian Rakyat- “Pakai Baju Biasa Jer”

  2. 2

    ‘Takkan Semurah Itu’- Peminat Anggap Harga Tiket Konsert Ella Tak Masuk Akal

  3. 3

    Beymad Timang Anak Pertama, Ramai Ucap Tahniah- ‘Sebak Pula Rasa’

  4. 4

    [VIDEO] Reaksi Zara Zya Bila Dipanggil Anak Dara Tua & Jahat

  5. 5

    Noor Nabila Kesal Malaysia Airlines Menyebabkan Bagasinya Hilang-“Kau Masih Bangga Dengan Kacang Masin..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore