• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Kembar Terhangat! 5 Kontroversi Panas Aidil & Zaquan Yang Bikin Heboh

by Zaidin Albert
December 12, 2018
Share on Facebook

Pertahanan Harimau Malaya, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha selaku kapten sering menjadi sebutan peminat bolak sepak, apatah lagi sekarang ini tengah demam Piala AFF 2018. Bukan hanya popular kerana digelar jaguh bola sepak, tetapi kembar berusia 31 tahun ini juga sering menjadi topik hangat di dalam dunia hiburan.

Sama seperti selebriti-selebriti tanahair yang lain, pasangan kembar ini juga pernah terpalit dengan kontroversi liar yang sedikit sebanyak menjejaskan reputasi mereka.

Berikut kami rangkum 5 kontroversi panas yang pernah melanda mereka berdua.

Video Nakal Zaquan Adha

Baru-baru ini satu video nakal Zaquan tersebar luas di Twitter. Video yang memaparkan dia memakai seluar dalam berwarna putih di hadapan kamera telah menjadi bualan netizen.

Kesahihah video itu akhirnya terungkai selepas isteri kepada Zaquan iaitu pelakon Ayu Raudhah mengakui video tersebut adalah koleksi peribadi antaranya dan suami. Seperti yang dilaporkan oleh Awani, Ayu berkata video itu jatuh ke tangan orang lain selepas dia menghantar telefon bimbitnya untuk dibaiki.

Perselisihan Faham Antara Zaquan & Iqram Dinzly

Dipetik dari Ohbulan, pada penghujung tahun 2014, Zaquan telah memuat naik status di Twitter meluahkan rasa tidak puas hati melihat adegan Ayu dipukul Iqram dalam filem Legenda Budak Setan 3  ketika menghadiri pratonton filem tersebut.

Sementara Iqram pula membalas komen Zaquan menyatakan ia hanyalah satu lakonan, bukannya seperti bermain bola sepak.  Perang twitter ini jadi heboh di kalangan netizen, ada yang menyalahkan Zaquan kerana tidak bersikap profesional dan tidak kurang juga menganggap lakonan Iqram yang mungkin agak keterlaluan.

Perang Twitter Zaquan & Rita Rudaini

Kontroversi ini bermula selepas Rita Rudaini sedang berbalas komen dengan pengikutnya di Twitter mengenai hubungan dengan ibu mertua. Seperti yang dilaporkan oleh Suria, Zaquan seolah-olah membaca kenyataan Rita dan kemudiannya menulis status update di Twitternya.

Sebak! Zaquan Adha Kongsi Momen Saat Akhir Anak Bongsu Buat Ramai Sedih

Zaquan kelihatan seperti turut sama sindir menyindir sesama sendiri menerusi medium Twitter. Mungkin secara kebetulan, Rita pula mengeluarkan kenyataan ini.

Aidil Zafuan Bagi Amaran Pada Rita

Kali ini kontroversi yang melanda pada Aidil Zafuan pula. Biarpun sudah lama bercerai, pertelingkahan antara Rita dan Aidil masih berpanjangan sehingga kini. Pada tahun 2017, berlaku sedikit pertengkaran antara Rita dan Aidil.

Ia bermula selepas Rita meninggalkan komen dengan mendakwa isteri bekas suaminya, Zarema dalam kesedihan bersuamikan Aidil Zafuan jenis lelaki suka buat pusingan u-turn.

Terpalit dengan komen negatif ini, Aidil membalas dengan memberi amaran pada bekas isterinya supaya tidak menggangu hal peribadinya lagi. Aidil turut menegaskan bahawa mati hidup semula sekalipun dia tidak akan balik pada Rita. Hmm..

Khabarnya Rita ada membuat pengakuan di Instagramnya bahawa hubungannya dengan Aidil tiada masalah. Ritu juga mendedahkan ada pihak yang tidak senang apabila dia berbaik semula dengan Aidil. Walaupun mereka berbaik demi anak-anak, namun ada yang cuba melagakan mereka dan membiarkan anak-anak menjadi mangsa.

Skandal Aidil Zafuan Dengan Kekasih Nazmi Faiz 

Selain daripada kontroversi dengan bekas isteri, Aidil pernah terpalit dengan gosip liar yang mendakwa dia merampas kekasih orang. Kontroversi ini berlaku pada awal tahun 2013 di mana ia bermula selepas beberapa buah status dari laman Twitter bekas pemain kelab SC Beira-Mar di Portugal, Nazmi Faiz.

Menerus laporan di Mstar, status yang telah pun dipadam itu telah menimbulkan kontroversi apabila Nazmi menuduh Aidil mempunyai hubungan sulit dengan bekas kekasihnya, Tengku Fiella. Dia turut menulis mengatakan Aidil dan Tengku Fiella telah tinggal bersama selama beberapa minggu di Johor Bahru.

Selepas isu heboh di media sosial, Aidil menuntut Nazmi membuat permohonan maaf secara terbuka. Akui kesilapannya,  Nazmi telah menulis sebuah lagi status meminta maaf dan meminta agar Aidil Zafuan tidak dipersalahkan.

Sebak! Zaquan Adha Kongsi Momen Saat Akhir Anak Bongsu Buat Ramai Sedih

Malah gadis tersebut juga berkata dia tidak pernah mengenali Aidil Zafuan dan bersimpati kerana turut dikaitkan dalam isu itu.

Aidil ZafuanZaquan Adha
https://lomp.at/cp7tn
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Lokal

Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

by Naddy Joe
December 24, 2025

Penyanyi, Ariff Bahran membuat pendedahan mengenai dirinya bersama rakan-rakan yang menjadi mangsa penipuan penganjur konsert sehingga terpaksa menanggung kerugian sebanyak...

Read moreDetails
Filem

‘Akad Yang Hilang’ Bongkar Realiti Nikah Fasid & Anak Haram

by Farah Fatihah
January 15, 2026

Siapa sangka isu perkahwinan tidak sah sebenarnya bukan sekadar masalah undang-undang, tetapi boleh memberi impak besar kepada masa depan keluarga?...

Read moreDetails
Foto - @chazynash (IG) / @fatinmorat (Threads)
Lokal

Chazynash Selamat Bertunang, Netizen Sebak Baca Hantaran Bekas Isteri

by Nurul A.
December 26, 2025

Pempengaruh media sosial, Chazynash atau nama sebenarnya Syed Fernarsh Syed Badlishah, baru-baru ini mengumumkan pertunangan dengan wanita pilihan hatinya. Menerusi...

Read moreDetails
Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore