Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Ain Edruce Akan Bertunang Dengan Jejaka Pilihan Jun Depan

by Ayden Mikhael
April 20, 2019
Share on Facebook

Semalam, Ain Edruce berkongsi gambar beliau disarungkan cincin oleh seorang wanita yang dipercayai ibu kepada teman lelaki Ain. Perkongsian itu mendapat puluhan ribu ‘like’ dengan sebahagian besar pengikutnya memberikan ucapan tahniah kepada Ain.

Ain mengenali ahli perniagaan itu sejak setahun lalu menerusi laman sosial dan kelihatan gambar Ain untuk acara merisik semalam kelihatan sungguh gembira dan manis sekali.

“Jika ditanya soal bersedia untuk mendirikan rumah tangga, bagi saya, ia sangat subjektif. Saya percaya, ia datang bersama tanggungjawab. Selalunya, kata orang, kalau kita belum bersedia untuk berkahwin, ketika itulah kita sebenarnya sudah bersedia menggalas tugas sebagai isteri,” kata Ain kepada BH Online.

Bercerita mengenai buah hatinya, Ain berkata, lelaki itu sangat berbeza daripada kebanyakan pemuda lain yang ingin mengenalinya.

“Selain Amirul, ada juga lelaki lain yang menghantar pesanan di Instagram untuk mengenali saya dengan lebih dekat. Namun, caranya berbeza. Amirul seorang yang sangat budiman ketika menyatakan hasratnya untuk berkenalan.

“Dia bukan jenis yang berlebih-lebih dalam usahanya memenangi hati saya. Pendek kata, tidaklah sampai keluar ayat seperti ‘bergelar tulang rusuk apabila melihat gadis seperti kamu’. Amirul juga tidaklah terlalu romantik, sebaliknya lelaki yang suka berterus-terang,” tambah Ain.

murai.my mendoakan segala persiapan untuk majlis pertunangan Ain bersama pasangan berjalan dengan lancar hendaknya, in shaa Allah.

[VIDEO] "Sedih Mummy Haritu Tengok Tangan Kena Cucuk Jarum..."-Ain Edruce
ain edruce
Share3Tweet2SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem