Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

AirAsia MOVE Jalin Kerjasama Dengan Erwin Kros, Tapi Kenapa Ramaja Ini Dipilih?

by Phic ARMAN
April 1, 2026
Share on Facebook

Kalau kalian follow sukan skuasy Malaysia, mesti kenal dengan nama Erwin Kros,  remaja 17 tahun yang tengah naik daun. Hari ini, cerita menarik datang dari AirAsia MOVE (MOVE), yang baru sahaja mengumumkan mereka akan menyokong Erwin sepenuhnya dalam perjalanan kariernya sebagai atlet muda.

Kolaborasi ini datang di bawah kempen ‘Rise Without Limits’, satu inisiatif MOVE untuk beri ruang dan sokongan kepada bakat muda yang berani challenge diri mereka sendiri. Pendek kata, MOVE nak pastikan impian atlet muda tak terhenti setakat mimpi je.

Sepanjang tahun ini, MOVE dah “cover” semua, dari perjalanan, penginapan, sampai kelengkapan sukan Erwin bila dia bertanding di Sri Lanka, Uzbekistan, dan Singapura. Memang tip-top support!

Nadia Omer, CEO AirAsia MOVE sendiri kata,

“Erwin melambangkan semangat kental dan keberanian untuk bermimpi yang menjadi teras identiti MOVE. Kami percaya apabila atlet muda diberikan sokongan yang betul, impian mereka boleh pergi lebih jauh. Kami amat berbangga dapat menyokong beliau dalam membawa arena skuasy Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.”

Dan memang tepat masanya sokongan ini datang, sebab Malaysia tengah nak bangkit balik legasi ikon sukan kita macam Datuk Nicol David. Lagi best, skuasy bakal buat kemunculan sulung di Sukan Olimpik 2028. Jadi Erwin macam “frontliner” yang kita semua nak tengok bersinar.

Ranking No. 1 di Selangor

Prestasinya pun bukan main-main. Dia ranking No. 1 di Selangor, No. 20 di Asia bawah 19 tahun, dan baru sahaja menang Sri Lanka Junior Open. Memang bakat besar, kan?

Erwin pun ada cakap yang memang terus rasa semangat bila dapat sokongan ni:

“Saya dah beri semua tenaga saya untuk sukan ni sejak umur enam tahun. Dengan sokongan MOVE, saya lebih yakin nak push diri lebih jauh dan capai apa yang saya impikan.”

Dan tak lupa dia tambah,

“Setiap kejohanan ni peluang untuk banggakan Malaysia, dan saya akan terus berani kejar impian saya.”

Yang bestnya, MOVE tak nak berhenti kat sini je. Lepas ini, mereka akan terus support Erwin di 2nd Touch ‘n Go SRAFTL International Junior Open Squash Championship 2026 di Kuala Lumpur (1-5 April) dan Negeri Sembilan Junior Open 2026 (7-11 April).

Dari Cebu Ke Bohol, Siquijor & Dumaguete, AirAsia Sediakan Laluan Terus Untuk Kaki Travel

Kalau kalain tanya kenapa MOVE buat semua ini, jawapannya mudah, selain memudahkan jutaan orang travel, mereka nak jadi platform yang angkat generasi juara Malaysia. So, bukan setakat tiket dan hotel, tapi dorongan untuk impian atlet muda pun mereka bagi.

airasiaAirAsia MOVEErwin KrosmoveNadia Omer
https://lomp.at/5c5n8
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Silverfox Cafe KL Photobooth Telefon: Kafe Estetik Rare Di Chow Kit

by Farah Fatihah
March 27, 2026

Silverfox Cafe KL adalah antara kafe estetik di Kuala Lumpur yang makin jadi pilihan ramai, bukan sahaja sebab cantik untuk...

Read moreDetails
Gambar: Instagram @gualepak
LifeXplore

Makan Dalam Gua? Jom Ke Gua Lepak, Hidden Gem Batu Caves Dengan Menu Serendah RM5!

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Kalau sebut tentang makan dalam gua, mungkin ramai yang terus terbayang suasana gelap dan sedikit sempit. Namun pengalaman di Gua...

Read moreDetails
LifeXplore

Bagaimana APV Dalam Galaxy S26 Ultra Ubah Cara Rakam Video Jadi Lebih ‘Pro’

by Phic ARMAN
March 18, 2026

Kalau dulu nak hasilkan video ala-ala “cinematic” kena guna kamera mahal, sekarang trend tu makin berubah. Dengan kemunculan Samsung Galaxy...

Read moreDetails
Gambar: Image fx
LifeXplore

Raya Cara Baru: Ini Aktiviti Santai Yang Buat Aidilfitri Lebih Bermakna

by Farah Fatihah
March 28, 2026

Setiap kali tibanya Hari Raya Aidilfitri, ramai yang akan sibuk dengan aktiviti ziarah dari rumah ke rumah. Namun, sambutan raya...

Read moreDetails
Tips

2 Minggu Sebelum Hari Raya, Sempat Lagi Nak Kurus Kalau Kamu Lakukan Ini!

by Nurul A.
March 6, 2026

Cuba bayangkan kamu belum lagi dapat bentuk badan ideal sebelum tiba Hari Raya Aidilfitri? Mimpi ngeri sangat kerana terpaksalah kamu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara