Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aisar Khaled Mohon Doa Dari Ebit Lew, Mahu Berubah Ikut Sunnah Nabi

Aisar turut memaafkan mana-mana pihak yang bercakap mengenai dirinya sebelum ini.

by Khai Azfar
August 16, 2021
Share on Facebook

Selebriti media sosial, Aisar Khaled meluahkan hasratnya untuk terus berubah ke arah kebaikan. Mengambil iktibar atas apa yang terjadi pada dirinya baru-baru ini, Aisar berkata dirinya kini sedang dalam proses untuk menjadi lebih baik dan mengharapkan orang ramai dapat mendoakannya terus beristiqamah.

Maafkan Semua Orang

Luahan itu dibuat Aisar menerusi laman Insta-story nya pada Ahad dan dalam masa yang sama Aisar turut memaafkan mana-mana pihak yang bercakap mengenai dirinya sebelum ini.

“Terima kasih yang mendoakan. Saya masih di dalam proses baik pulih diri saya.”

“Saya bukan orang yang baik tapi Allah janji setiap ujian tanda Allah sayang. Terima kasih Ya Allah”

“Saya memaafkan semua orang yang bercakap apa pun mengenai saya”

“Doakan saya supaya istiqamah melakukan kebaikan dan mengikuti sunnah nabi” tulis Aisar

Bertemu Ebit Lew

Dalam kemaskini berkaitan, Aisar juga berkongsi sebuah video pertemuannya dengan pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew. Di dalam pertemuan tersebut, Aisar meminta nasihat Ebit selain dapat mendoakan dirinya untuk terus kuat.

“Allah kabulkan doa orang-orang yang hebat ini, yang saya hormati dan saya sayangi. Tahniah”

“Semoga menjadi contoh masyarakat dan idola anak-anak muda, InsyaAllah”

“Kita doakan keluar mencari jalan Allah” pesan Ebit

View this post on Instagram

A post shared by ☆ ??????????? ☆ (@aisar_khaledd)

Terdahulu, nama Aisar dikecam hebat warganet gara-gara membuat kandungan media melibatkan pemergian penyanyi terkenal, Allahyarhamah Siti Sarah Raissuddin.

Semangat Lihat Perjuangan Delegasi Malaysia, Aisar Khaled Luah Mahu Sertai GSF
Aisar KhaledEbit Lew
https://lomp.at/l317b
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Gossip

[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!

by Naddy Joe
February 9, 2026

Nama salah seorang ahli kumpulan Senario iaitu Lan Pet Pet sebeum ini mencetuskan kritikan netizen selepas didakwa memberikan lawak yang...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara