Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Wajah Terpampang Di New York Times Square Jadi Pembakar Semangat Aisha Retno

Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 22, dia sangat bersyukur, gembira dan semakin tidak sabar untuk terus berkarya buat para peminat.

by Arsiqin Yusof
July 20, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Aisha Retno kini kian menyerlah dalam industri hiburan tanah air. Selepas kehangatan single Pencarianku yang dilancarkan beberapa bulan lalu, satu lagi perkara yang memberi sejarah manis dalam hidup Aisha berlaku apabila wajahnya kini terpampang di billboard New York Times Square, Amerika Syarikat sebagai duta kempen EQUAL daripada Spotify, mewakili Malaysia dan Singapura untuk Julai 2022.

Sangat Bersyukur

Menurut Aisha atau nama lengkapnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulizam, 22, dia sangat bersyukur, gembira dan semakin tidak sabar untuk terus berkarya buat para peminat.

“Saya sangat-sangat bersyukur dan tentunya semakin berdebar selain tidak sabar untuk melancarkan single terbaru saya berjudul Sutera bersempena perwakilan saya dalam kempen EQUAL ini untuk memperkasakan wanita.

“Kepada para peminat saya, saya mahu ucapkan jutaan terima kasih. Tanpa anda semua, siapalah Aisha Retno yang sekarang. Anda tetap setia dengan saya sejak saya mula-mula menyertai program nyanyian hinggalah sekarang. Jadi, kemunculan saya dalam kempen EQUAL ini adalah sedikit cenderahati untuk anda semua.

“Seterusnya, nantikan hadiah yang akan datang pada akhir bulan ini, lagu Sutera yang banyak bersangkut paut dengan darjat seorang wanita,” katanya kepada Murai MY.

Ucapan Terima Kasih Kepada Kempen EQUAL, Label & Ibu Bapa

Dalam pada itu, Aisha semestinya berterima kasih kepada kempen EQUAL dan label yang menaunginya, Sony Music Entertainment Malaysia.

“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada kempen EQUAL dan label saya, Sony Music Entertainment Malaysia yang tak putus-putus membantu dan sama-sama bekerja dalam industri hiburan ini. Walaupun baru dua tahun saya dalam industri, tetapi label saya banyak berusaha dan berjasa kepada saya untuk mengukir nama sebagai penyanyi.

"Saya Simpan Duit Untuk Buat Lagu Raya..."-Aisha Retno

“Kata-kata tak mampu menggambarkan betapa saya berterima kasih kepada mereka, saya juga amat berterima kasih kepada ibu dan bapa saya kerana mereka lah tulang belakang saya selama ini. Ini baru titik permulaan, semoga Sutera yang bakal saya lancarkan tidak lama lagi mendapat sambutan hangat daripada para peminat,” katanya lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

EQUAL adalah satu kempen global dan ‘evergreen’ yang memperjuangkan ekuiti (hak sama rata) wanita dalam muzik. Ia menampilkan senarai lagu EQUAL dan ‘sister program’ di 35 pasaran dan menembusi lebih 50 negara dari Jepun, Argentina, Poland dan United Kingdom.

Berdasarkan kajian Annenberg pada tahun 2020, industri audio tidak mendapat ekuiti sempurna kerana hanya 1 daripada lima artis adalah wanita. Justeru, pihak Spotify mengadakan kempen EQUAL di mana hasil karya wanita dapat didengari sepanjang tahun dengan lebih meluas oleh pencinta muzik.

Aisha Retno
https://lomp.at/ef69p
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Chot Dihencap Netizen, Nur Fazura Beri Amaran- “Hati-Hati Jangan Sampai Makan Diri Pula”

by Nurul A.
March 11, 2026

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura kembali mencuri perhatian ramai selepas tampil mempertahankan rakan baiknya, seorang lelaki yang dikenali dengan nama...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Lokal

Anak Ahmad Nawab Kecewa Dengan Uji Rashid, – “Kami Yang Tahu Cerita Dari Mula…”

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Baru-baru ini, sebuah podcast tular di YouTube, Legacy Podcast, menjadi perhatian ramai selepas Uji Rashid berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara