Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Aisha Retno Terus Mekar, Tampil Dengan Lagu Inggeris Terbaru

by Arsiqin Yusof
December 9, 2022
Share on Facebook

Selepas single Bahasa Inggeris yang mendapat sambutan hangat di platform digital sebelum ini, penyanyi yang kian meningkat naik, Aisha Retno kini tampil dengan lagu Inggeris terbaru berjudul ‘ILSM’ (I Love Sadness More).

Olahan daripada rasa yang dipendam serta sisi seninya, ‘ILSM’ menjadi medium ekperimentasi Aisha terutama melalui aspek instrumentasinya, dalam cubaan untuk terus menyajikan peminatnya dengan dinamik susunan single terbarunya ini.

Dari gesekan biola kecil, hinggalah ke komposisi orkestra yang diseling dengan drum 808; setiap elemen serta sonik yang ditulisnya dianyam cantik dalam usaha mengubat rindu peminatnya yang semestinya menantikan single terbaru ini.

View this post on Instagram

A post shared by Sharifah Aisha Retno (@aisharetno02)

Inspirasi & Gaya Muzik

Berinspirasikan gaya muzik Madison Beer dan Ariana Grande, single terbaru Aisha ini turut sedikit sebanyak menyajikan pendengar dengan elemen lagu tema Disney sekitar 40-50an yang ingin diketengahkannya melalui ‘ILSM’.

Tambahnya lagi pendekatan yang lebih moden, diadun pula dengan susunan orkestra tulisannya itu bakal menggamit memori sejenak generasi selain pendengar sedia ada.

‘ILSM’ secara amnya menggambarkan krisis dalaman seseorang yang cuba menangani memori masa lalu yang acapkali menghantui diri tatkala cuba untuk terus maju ke hadapan.

Julung kalinya, Aisha Retno berazam untuk menggali dengan lebih mendalam lagi kebolehan dirinya melalui nukilan single terbarunya ini.

“Saya benar-benar ingin mencurahkan segalanya menerusi ‘ILSM’ untuk berkongsi bersama-sama mereka di luar sana yang menyayangi itu tidak semestinya memiliki,” ujar Aisha.

Jangan lepaskan peluang mendengarkan ILSM di platfor digital kegemaran anda!

"Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming"- Aisha Retno
Aisha RetnoILSM
https://lomp.at/v0nqq
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @billieeilish (IG)
Hollywood

Gemar Penampilan ‘Oversized’, Ini Alasan Peribadi Billie Eilish

by Nurul A.
March 3, 2026

Nama Billie Eilish sering menjadi topik hangat dalam kalangan peminat. Penyanyi ini bukan sahaja dikenali kerana muzik hebatnya, tetapi juga...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Foto - @akuamysearch (IG) / @kupu_kupu (IG)
Lokal

“Soal Berdamai Tanya Pihak Sana”- Nabila Huda

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya perselisihan faham antara pelakon Nabila Huda dan lagenda rock Datuk Amy Search masih belum menjumpai jalan penyelesaian. Menurut kenyataan...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  3. 3

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

  4. 4

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  5. 5

    Tamatkan 18 Tahun Perkahwinan Dengan Anak Rosmah, Fazley Yaakob Umum Perceraian Dengan Isteri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara