• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Pernah Diboikot? 10 Hal Tentang Aishah Yang Anda Tak Ketahui

by Phic ARMAN
November 30, 2017
69
KONGSIAN
Share on Facebook

Pada yang sentiasa setia menanti konsert Gegar Vaganza setiap minggu, pasti suka lihat gelagat suara comel penyanyi ini. Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah binti Wan Ariffin merupakan penyanyi legenda yang berasal dari Negeri Sembilan. Pada anak-anak muda pasti tidak mengenali beliau bagaimana dia bermula dalam menceburi dunia hiburan.

View this post on Instagram

A post shared by Gegar Vaganza Official (@gegarvaganzaofficial)

Nah! murai.my ingin mendedahkan 10 perkara yang mungkin anda tidak tahu mengenai penyanyi comel ini.

1.Penyanyi Antarabangsa

YouTube video

Aishah pernah menganggotai kumpulan Fan Club dari New Zealand sehingga dikenali seluruh dunia sebelum meneruskan karier solo di tanahairnya. Album nyanyian Aishah bersama Fan Club iaitu Sensation telah menaikkan namanya sebagai penyanyi wanita pertama Malaysia yang berjaya ke peringkat antarabangsa malahan pernah menduduki carta Billboard Hot 100 menerusi lagu Dont Make Me Fall Alone pada tahun 1990.

2. Empat Kali Berkahwin

Menerusi dua perkahwinan pertamanya, Aishah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Armand Azhari, 24, dari perkahwinan pertama yang dirahsiakan dan Azhad Ahlami, 19, menerusi perkahwinan kedua dengan Muhammad Abdullah pada 1997 sebelum sah bercerai pada 2005.

Aishah kemudiannya berkahwin dengan Faizal Sazali Zulkifli pada 2010 namun bercerai setahun kemudian. Aishah sudah kembali berumah tangga untuk kali ke-4 namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

3. Bertanding Dalam Pilihanraya

Pada tahun 2011, beliau terjun ke dunia politik bersama parti pilihannya, PAS dan bertanding untuk kerusi Parlimen di Jempol pada Pilihan raya umum Malaysia 2013.

4. Natasha Aminah

Aishah bermula dengan menjadi artis syarikat rakaman Life Records dan muncul dengan dua lagu bersama Malek Ridzuan dalam album Jilid 5 kepunyaan Malek. Lagu yang popular ialah “Mawar Putih Mawar Merah”. Walau bagaimanapun, Aishah ketika ini menggunakan nama Natasha Aminah.

5. Pemegang Ijazah Sarjana Salam Sains Politik

Aishah mendapat pengajian dalam jurusan Sains Politik di Universiti Auckland, New Zealand. Bagaimanapun atas beberapa faktor, dia hanya lulus dalam bidang Pendidikan Kanak-Kanak.

Pun begitu, pada tahun 1996 beliau akhirnya berjaya mendapatkan ijazah sarjana dalam Sains Politik yang kemudian menjadi antara titik tolak penglibatannya dalam dunia politik Malaysia.

6. Artis Pertama Menduduki Carta Billboard di Amerika

Aishah merupakan artis Malaysia yang pertama berjaya mendaki carta Billboard di Amerika Syarikat. Lagu-lagu pop dance seperti “Sensation”, “Call Me”, “Never Give Up On You”, “Paradise” menduduki banyak carta muzik dunia.

7. Paul Moss Merupakan Salah Satu Ahli Kumpulan

https://www.youtube.com/watch?v=f-hwP-0TIhk

Masih ingat lagi dengan Juri tetap Malaysia Idol? Paul Moss juga salah seorang ahli kumpulannya  dan dia mengambil keputusan untuk berhijrah ke Malaysia dan menjadi penerbit dan penggubah lagu.

8. Anugerah Juara Lagu ke-5 & Campak Beg LV 

YouTube video

Lagu itu dinobatkan Anugerah Juara Lagu ke-5 anjuran TV3 dengan mengalahkan “Suci Dalam Debu”, Iklim dan “Sejati”, Awie. Aishah cukup diingati di pentas AJL kerana aksi campak beg berjenama Louis Vuitton atas pentas yang ketika masih baharu dikenal di Malaysia.

9. Diboikot Wartawan

Pada tahun 1993 Aishah diboikot wartawan Malaysia gara-gara merahsiakan perkahwinan pertamanya yang juga warga New Zealand. Peristiwa diboikot wartawan hiburan menyebabkan karier Aishah menyepi seketika.

10. Kraftangan

View this post on Instagram

A post shared by Wan Aishah Wan Ariffin (@aishahjmm)

Aishah juga dikenali kerana kemahirannya dalam membuat kraftangan. Beliau sering terlibat dalam ekspo kraftangan dan pernah membuka perniagaan berkaitan kraftangan.

aishahgegar vaganza
https://lomp.at/7a9bp
Share28Tweet17SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Puteri Balqis Tuntut Bayaran Tertunggak Daripada Jenama Kosmetik Terkenal?

by Naddy Joe
January 21, 2026

Pelakon, Puteri Balqis tampil bersuara menuntut bayaran tertunggak daripada salah sebuah jenama kosmetik yang didakwa masih gagal melunaskan tanggungjawab yang...

Read moreDetails
Spotlight

Makan Dalam! Izara Aishah Bersuara Isu Konsert Siti Nurhaliza Dianggap ‘Boring’

by Zaidin Albert
January 14, 2026

Isu “boring concert” tiba-tiba menjadi buah mulut netizen selepas posting Izara Aishah di Threads menarik perhatian ramai. Dalam posting itu,...

Read moreDetails
via Instagram @dianadanielleb
Lokal

Diana Danielle Bawa Anak-Anak Bercuti Di Maldives, Ada Yang Komen Macam 3 Beradik

by Farah Fatihah
December 25, 2025

Pelakon dan selebriti popular, Diana Danielle atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila berkongsi...

Read moreDetails
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

‘Target’ Pembunuh Upahan, Kim Kardashian Dedah Suspek Adalah Orang Terdekatnya

by Nurul A.
December 31, 2025

Dalam treler "The Kardashians" yang baru dikeluarkan, bintang realiti Kim Kardashian mendedahkan bahawa penyiasat persendirian telah memberi amaran kepadanya bahawa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dr Malar Sebak, Mahu Berhenti Dari Sosial Media, – “Khilaf Saya”

by Farah Fatihah
December 18, 2025

Kontroversi melibatkan jemputan rasmi ke sebuah sekolah yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat di media sosial akhirnya menemui titik reda...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  2. 2

    Tolak Cadangan Tunjuk IC, Penjelasan Khairul Aming Buat Ramai Terdiam- “Tak Semua Tahu PDPA Ni”

  3. 3

    Raisa Mahu Peminat Selami Dua Sisi Berbeza Di ‘Raisa Ambivert Tour’

  4. 4

    Garfu Kayu Bentuk Kepala ‘Batman’ Undang Kritikan Netizen

  5. 5

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore