• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aizat Manshahar Hadir Dengan “Inikah Cinta” Sebagai Kenangan Indah Tahun 2024?

by Aphit J.
December 28, 2024
Share on Facebook

Ini merupakan cara yang unik untuk mengakhiri 2024. Penyanyi dan penulis lagu berbakat ini akan mengeluarkan single baharu sebagai hadiah kepada pengikutnya dan juga sebagai hadiah untuk menutup tahun 2024.

Single Kedua

Single yang akan datang ini adalah single kedua Aizat Manshahar selepas single debutnya Ini Dunia pada Oktober, 2023 lalu.

Pendengar boleh mengharapkan irama yang rancak dengan lirik yang ekspresif dan mudah dihubungkan, terutamanya bagi golongan muda masa kini yang dikenali secara global sebagai Gen Z.

Apabila seseorang jatuh cinta, hatinya bagai meletup dengan kebahagiaan dan dipenuhi dengan rasa berdebar.

Diri cenderung untuk melakukan perkara yang tidak pernah lakukan sebelum ini, atau mungkin tidak pernah terfikir untuk melakukannya.

Kisah Perbualan Dengan Kekasih

via MAP Music

Inikah Cinta bukan sekadar hanya menceritakan kisah Aizat yang meluahkan perasaannya, tetapi ia juga adalah perbualan antara Aizat dan kekasihnya, dimana beliau yang tertanya-tanya adakah kedua mereka merasakan perasaan yang sama ketika mereka bersama.

Aizat Manshahar amat berbesar hati dan teruja kerana diberi peluang untuk meneruskan karya muziknya di bawah naungan syarikat rakaman MAPMUSIC, dan juga tidak lupa pada rakan media dan peminatnya yang sentiasa memberi sokongan karya muzik beliau.

Dengarkan “Inikah Cinta” lagu baharu Aizat Manshahar yang bergenre pop, rentak yang rancak serta lirik yang ekspresif yang bakal dilancarkan pada 27 Disember 2024, Jam 5 petang dan boleh mula ditonton secara eksklusif di saluran YouTube MAPMUSIC.

Selain itu, lagu ini juga boleh dimainkan dan didengari melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer, TikTok, dan YouTube Music.

Aizat Manshahar
https://lomp.at/vkywi
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Musik

AirAsia Hausboom Festival 2025 Berjaya Satukan Artis Malaysia & Indonesia Dalam Satu Pentas

by Naddy Joe
October 16, 2025

Festival muzik kegemaran ramai, AirAsia Hausboom Festival 2025 yang berlangsung pada hujung minggu lalu berjaya memukau ribuan peminat dengan persembahan...

Read moreDetails
Lokal

Aliff Aziz, Mark Adam & Ruhanies Antara Artis Bakal Gamatkan Havoc Trio Festival 2025

by Naddy Joe
November 3, 2025

Havoc Event & Management Sdn. Bhd. sekali lagi mencetus fenomena dengan penganjuran HAVOC TRIO FESTIVAL 2025, sebuah festival mega tahunan...

Read moreDetails
Lokal

Hael Husaini Bakal Beraksi Di Jakarta Untuk ’30th Asian Television Awards’

by Naddy Joe
November 28, 2025

Penyanyi terkenal, Hael Husaini sekali lagi mencipta sejarah apabila diumumkan bakal membuat persembahan di temasya anugerah 30th Asian Television Awards...

Read moreDetails
Musik

Irama Dua Dunia: “Hanya Doa” Satukan Mohderzam & Awang BPR Dalam Satu Nada

by Aphit J.
November 2, 2025

Nama Awang BPR bukan asing dalam industri muzik tanah air. Komposer “otai” ini terkenal dengan karya abadi seperti Segalanya Ku...

Read moreDetails
Indonesia

Shae Ingat Kena ‘Prank’, Ini Senarai Rasmi Peserta Gegar Vaganza 12

by Naddy Joe
October 24, 2025

Penyanyi dan pelakon Indonesia, Shae akui pada mulanya menyangka dia terkena 'prank' ketika dihubungi pihak terlibat untuk tampil menjadi salah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Engku Imran Titip Penghargaan Buat Soraya Ann, Anak Aisyah Sinclair

  2. 2

    ‘Happy Wife, Happy Life’, Netizen Cair Tengok Suami Jannah Nick Pandai Jahitkan Topi Isteri

  3. 3

    Anak Vincent Tan, Chryseis Tan Dedah Wajah & Nama Cahaya Mata Ketiga Bersama SM Faliq

  4. 4

    [VIDEO] Ifa Raziah Redha Terpaksa Berpisah Dengan Pembantu Rumah-“16 Tahun Bukan Masa Yang Singkat..”

  5. 5

    Ariff Bahran Kesal Diperlekehkan ‘Otai Konsert’ Isu Ditipu Penganjur?-Saya Mengaku Masih Baru Tapi..”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore