Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aksi Comel Fazura & Fatima Jadi Tular, Peminat Geram- ‘Cerdiknya La Fatima Nie..”

by Zaidin Albert
December 8, 2025
60
KONGSIAN
Share on Facebook

Fazura dan anaknya, Fatima sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila mereka berdua memuat naik sebuah video miming lagu viral Microwave Popcorn oleh Bo Burnham. Apa yang membuatkan ramai teruja ialah bagaimana kedua-duanya berjaya melakukan lip sync dengan sangat tepat dan serasi. Benar-benar on point dari awal hingga akhir.

Fatima, yang sering mencuri hati peminat dengan kecomelan dan keletahnya, tampil begitu yakin dan natural ketika mengikuti gerak bibir lagu tersebut. Sementara itu, Fazura pula kelihatan tenang dan bersahaja, menjadikan video itu lebih manis untuk ditonton. Tidak hairanlah apabila ia sudah mencecah 330,000 tontonan, menunjukkan betapa ramainya yang terpikat dengan gelagat dua beranak ini.

@fazuraofficial

We ran out of ideas. 💕 wearing “Elira” from the latest VALORA collection by Tudung FAZURA. ✨

♬ Microwave Popcorn – Bo Burnham

Menariknya, video tersebut juga memberi sedikit aura seperti soft promotion, apabila Fazura tampil mengenakan tudung daripada koleksi terbaharu jenamanya sendiri. Di ruangan kapsyen, Fazura menulis:

“We ran out of ideas. Wearing ‘Elira’ from the latest VALORA collection by Tudung FAZURA.”

Ruangan komen dipenuhi dengan pujian dan kata-kata manis daripada para peminat, antaranya:

“Berdua pun dah bahagia”

“Cerdiknya la Fatima nie..”

“Sampai habis bateri fon dok ulang2 tengok Fazura & nyamma.. comei”

“Cute je mummy dan daughter ni.. hugs to u both”

Untuk pengetahuan, Fatima,  nama penuhnya Nur Fatima Aisya binti Abdul Fattah. Dilahirkan pada 2 Oktober 2020. Dia merupakan anak kepada pelakon, usahawan dan penyanyi Nur Fazura serta pelakon Fattah Amin. Meskipun kedua-dua ibu bapanya telah sah bercerai pada 7 Oktober 2024, mereka tetap menunjukkan komitmen bersama dalam membesarkan Fatima, termasuk meraikan hari lahir dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada anak tunggal mereka itu.

Video miming Fazura dan Fatima ini nyata menjadi kegemaran peminat — sederhana tetapi penuh kehangatan, mencerminkan hubungan erat antara seorang ibu dan anak yang terus mencuri hati ramai.

Bo BurnhamMicrowave Popcorn
https://lomp.at/fl3vz
Share24Tweet15SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Anzalna Kongsi Gelagat Eidrees Dengan Sepupunya, Netizen Terhibur!-“Vibe Putera Raja Sangat…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan gelagat anak kepada pelakon, Anzalna Nasir iaitu Eidrees yang sedang berbual bersama salah...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
Lokal

Ayie Floor 88 Dedah Nama Serta Wajah Anak Kedua, Curi Perhatian Peminat!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Isteri kepada vokalis Floor 88, Ayie iaitu Natasha Ahmad Zawawi sebelum ini telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada 12...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  3. 3

    Siti Nurhaliza Selamba Balas Komen Lagu ‘Beraya Dengan Saya’, Ada Yang Kata Mirip Lagu Tamil?

  4. 4

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  5. 5

    Insentif Mahasiswa Anak Johor RM200 Dibuka Untuk Pelajar IPT, Ini Cara Mohon & Semak

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara