Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Aleeya Avenys Buka Cerita Mengapa Kini Fokus Jadi Tauke Berlian

by Phic ARMAN
February 23, 2026
22
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau dilihat hari ini, nama Aleeya Avenys bukan sekadar dikenali sebagai usahawan kosmetik dan pempengaruh media sosial. Kini, ibu kepada tiga cahaya mata itu selesa melangkah dalam dunia baharu sebagai tauke berlian di bawah jenama Avenys & Co.

MURAI perhatikan, keputusan itu bukan dibuat suka-suka. Ada sebabnya kenapa Aleeya berani mengembangkan empayar ke cabang barang kemas yang lebih eksklusif dan berprestij.

Bermula Dari Minat, Terus Jatuh Hati Dengan Berlian

Menurut Aleeya, semuanya berlaku tanpa dirancang. Dari sekadar membeli berlian untuk diri sendiri, dia mula tertarik dengan kualiti batu permata dan keindahan rekaannya.

Seperti bait lagu ikonik Marilyn Monroe menerusi lagu Diamonds Are a Girl’s Best Friend, berlian memang sinonim dengan wanita.

Lama-kelamaan, minat itu bertukar menjadi kesungguhan. Dari membeli dalam kuantiti kecil, akhirnya dia mengambil langkah berani untuk menjadikannya perniagaan serius, malah setiap rekaan dibuat berdasarkan cita rasanya sendiri.

MURAI nampak jelas, ini bukan sekadar ikut trend, tapi cinta yang berkembang jadi empayar.

View this post on Instagram

Mahu Didik Wanita Jadi Pembeli Bijak

Aleeya juga terdorong untuk berkongsi ilmu. Katanya, ramai yang teruja membeli berlian tetapi kurang memahami selok-belok kualiti dan ketulenan batu permata.

Ada yang akhirnya tertipu, beli mahal, tapi hasilnya tidak seperti diharapkan.

Sebab itu konsep awal Avenys & Co. dibuat secara made to order supaya pelanggan lebih jelas tentang apa yang dibeli.

“Memang kita selalu dengar ramai yang kena tipu sebab tak tahu selok belok barang kemas. Ada yang beriya -iya nak beli berlian dan permata tapi hujung – hujung batu dicari tak berkilau selain palsu.

“Jadi untuk permulaan barang kemas saya ini dibuat secara konsep ‘made to order’ dan boleh ditempah menerusi laman sesawang www.avenys.com,” Katanya.

Bagi MURAI, langkah ini menunjukkan Aleeya bukan sekadar mahu menjual, tetapi mahu mendidik dan melindungi pembeli daripada menjadi mangsa penipuan.

Wanita kebal yang selesa menjenamakan dirinya sebagai Aleeya Avenys

Strategi Luaskan Empayar Perniagaan

Selepas berjaya dalam perniagaan sambal, penjagaan kulit dan suplemen, Aleeya melihat ruang untuk melangkah lebih jauh.

Kini, sekitar 80 peratus fokusnya diberikan kepada perniagaan barang kemas, manakala 20 peratus lagi kekal pada jenama penjagaan kulit Avenys yang sudah stabil dan berada di pasaran.

Keputusan itu membuktikan Aleeya sentiasa mahu naik satu tahap lebih tinggi.

Kadang-kadang, berlian yang paling bernilai bukan pada kilauannya — tetapi pada keberanian untuk bermula.

Aleeya Avenys
https://lomp.at/5gz2a
Share9Tweet6SendShare

KINI TRENDING

Bisnes

Ramai Tak Sedar, Program S.R.I Ini Mampu Ubah Hidup Wanita Jana Pendapatan Sendiri

by Phic ARMAN
April 10, 2026

Bayangkan seorang ibu yang sebelum ini hanya bergantung kepada satu sumber pendapatan keluarga. Dalam diam, dia menyimpan hasrat nak bantu...

Read moreDetails
LifeXplore

Bukan Sekadar Kafe, Listen HiFi Cafe Jadi Port Baru Untuk Dengar Muzik Dalam Suasana Tenang

by Farah Fatihah
April 10, 2026

Ramai sebenarnya di antara kita mencari ruang untuk bernafas seketika dari tempat kerja. Listen HiFi Cafe hadir dengan konsep yang...

Read moreDetails
LifeXplore

AirAsia ‘Drop’ Harga Marhaen Ke London & Destinasi Lain, Tunggu 1 Mac!

by Phic ARMAN
February 23, 2026

Siapa yang tak pernah pasang impian nak jejak kaki ke London? Bergambar depan Big Ben, jalan-jalan di Oxford Street, rasa...

Read moreDetails
Gambar: Official Website @Kementerian Perpaduan Negara Arkib Negara Malaysia
LifeXplore

Tak Ramai Tahu, Ini Kisah Di Sebalik Rumah Kelahiran Tun Dr Mahathir Mohamad

by Farah Fatihah
March 29, 2026

Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan sebuah rumah bersejarah yang menyimpan kisah awal kehidupan Tun Dr. Mahathir Mohamad,  tokoh...

Read moreDetails
Bisnes

Raikan 10 Tahun Dengan ‘Hari Raya Aidilfitri With Love’

by Naddy Joe
March 9, 2026

Sempena sedekad kehadirannya di Malaysia dan 40 tahun inovasi kopi secara global sejak 1986,Nespresso meraikan Hari Raya Aidilfitri With Love,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara