Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026
14
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam yang menghidap kanser tulang.

Alha atau Abdul Al Halim Mohd Al Fadzil menerusi hantaran di Instagram, memaklumkan bahawa dia telah menyampaikan amanah orang ramai yang telah menyokong membeli produk solekannya itu dengan membantu kos rawatan Adrian.

“Salam semua pengguna Alha Alfa Cosmetics yang support pembelian set untuk kita bantu kos rawatan anak kedua kak Amyza Aznan, iaitu Adrian Adam,

Saya dah pun sampaikan amanah ini. Semoga dipermudahkan urusan kak Amyza dan anak-anak, kami sentiasa doakan. Semoga Ian sihat seperti sediakala, mari kita doakan kesembuhan Syifa untuk Ia Aamin.”-kongsi Alha Alfa di Instagram

View this post on Instagram

Netizen & Rakan Selebriti Terharu

Perkongsian Alha dibanjiri dengan komen netizen serta rakan selebriti yang terharu melihat usaha murninya untuk membantu anak lelaki pelakon dan pelawak ini, malah ramai yang menitipkan doa agar Adrian Adam diberikan kesembuhan dengan cepat.

“Terima kasih Ha, semoga Allah limpahkan rezeki Dato Alha Alfa berlipat kali ganda aaminn.”

“Alhamdulillah thank you adikku Dato Alha Alfa, semoga Allah meluaskan lagi rezeki mu untuk membantu pada yang memerlukan dalam kesulitan Aaminn.”-Ieda Moin

“Allahumma aminnnn mogaa cepat sembuhhh🤲🏼🤲🏼🤲🏼🤲🏼.”-Amylea Azizan

“Anak-anak kak Amyza Aznan ni semuanya baik beradab mulia. Sopan santun berbudi bahasa. Saya tak tahu apakah amalan kak Amyza tapi didikan beliau pada anak-anak hebat. Sejuk hati tengok anak-anak kak Amyza. Allah bagi ujian yang hebat. Sungguh hanya syurga yang Allah janjikan pada hambaNya yang bersabar dan redha dengan segala ketentuan Allah. Semoga kuat selalu. Kami doakan. Dari ibu kepada ibu.”

“Mudah-mudahan urusan rawatannya dipermudahkan dapat sembuh seperti sediakala.”

Sebelum ini, Alha melancarkan set produk khas yang dilancarkannya pada 21 Februari lalu di Instagram. Hasil belian orang ramai itu disalurkan kepada anak Amyza Aznan iaitu Adrian Adam yang disahkan menghidap kanser tulang pada awal Ramadan lalu.

Baru-baru ini industri seni dikejutkan dengan berita pemergian putera sulung kepada pelakon dan pelawak, Amyza Aznan iaitu Allahyarham Andre Mikhail yang pergi mengadap Illahi pada Isnin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas bertarung melawan kanser paru-paru tahap tiga.

Difahamkan, jenazah anak kepada Amyza Aznan iaitu Andre Mikhail telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana pada jam sekitar 10.40 pagi selepas dimandikan dan disolatkan di Masjid Al-Khairiah AU3.

Alha Alfa Terkejut Ramai Netizen Meminta-Minta Wang Di Media Sosial-"Saya Dulu Dari Keluarga Susah Jugak.."
alha alfaAnak Amyza Aznan
https://lomp.at/z3qst
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Spotlight

Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Wak Doyok, atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor, baru-baru ini membuka cerita tentang pendekatan baru dalam hidupnya yang ternyata...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Foto - @uqashasenrose2 (IG) / @itsuqashasen (IG)
Lokal

Luang Masa Bersama Anak, Uqasha Senrose Hargai Usaha Kamal Adli- “Terima Kasih Ayah…”

by Nurul A.
March 2, 2026

Aktres Uqasha Senrose baru-baru ini mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan rasa penghargaan kepada bekas suaminya yang turut aktor, Kamal Adli....

Read moreDetails
Foto - @mimi.peri (IG)
Indonesia

[VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

by Nurul A.
March 6, 2026

Nampaknya video lama pempengaruh Indonesia, Mimi Peri menjadi tular sekali lagi. Menerusi video tersebut, Mimi atau nama sebenarnya Ahmad Jaelani,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara