Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Aliff Aziz Pilih Hidup Tenang, Enggan Lagi Pandang Ke Belakang Selepas Kontroversi

by Puteri Alia
October 30, 2025
Share on Facebook

Bukan menghilang selepas terpalit kontroversi, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memilih untuk menjalani kehidupan dengan lebih tenang sambil memandang ke hadapan tanpa menoleh masa lalu. Aliff atau nama sebenarnya Mohammad Aliff Aziz, 34, berkata dia kini lebih percaya kepada aturan rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah serta yakin masih banyak ruang terbuka untuknya terus melangkah dalam kehidupan dan kerjaya.

“Saya tidak menghilangkan diri, cuma sekarang saya lebih percaya pada rezeki dan apa yang Allah dah susun untuk saya. Daripada terlalu stres memikirkan masa depan atau rezeki di mana, lebih baik saya teruskan hidup dengan tenang. Paling penting, setiap hari kita melangkah ke depan, satu langkah demi satu langkah, insya-Allah,” katanya ketika ditemui selepas pelancaran Havoc Trio Festival 2025 di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Selepas melalui pelbagai dugaan dan kontroversi, Aliff berkata dia kini banyak meluangkan masa bersama keluarga serta memperbaiki diri. Katanya, tempoh yang dilaluinya memberi ruang untuk bermuhasabah dan menilai semula haluan hidup.

“Saya banyak luangkan masa dengan famili, refleksi diri dan fikir tentang kehidupan. Tapi saya tak mahu ulas panjang fasal perkara lepas. Fokus saya sekarang adalah untuk maju ke depan. Kita dah hampir masuk 2026, insya-Allah. Saya lebih tumpukan pada langkah yang sedang dirancang dan apa yang saya nak capai tahun depan,” katanya.

Juara GegarVaganza musim ke-9 itu turut menegaskan dia enggan lagi terperangkap dalam kisah silam. Bagi Aliff, setiap hari adalah peluang baharu untuk menjadi lebih baik dan memperkukuh semula perjalanan hidupnya.

“Saya tak nak pandang ke belakang. Bagi saya itu tak sihat dan tak perlu pun nak ulang-ulang kenangan lama. Apa yang dah berlaku, biarlah berlalu,” ujarnya.

Walaupun tidak sering muncul di kaca televisyen, Aliff menjelaskan bahawa dia masih aktif menyanyi dan menerima pelbagai tawaran persembahan.

[VIDEO] "Yang Ni Saya Kenal Sangat"- Didakwa Disindir Bella Astillah, Ini Jawapan Sophia Albarakbah

“Saya ulang-alik antara Malaysia dan Singapura. Alhamdulillah, setakat ini masih ada tawaran menyanyi di acara korporat, majlis perkahwinan dan sebagainya,” katanya.

Ditanya mengenai hubungan dengan dua anaknya, Aliff memilih untuk tidak mengulas panjang dan menganggap perkara itu terlalu peribadi untuk dikongsikan kepada umum. Begitu juga dengan soalan berkaitan bekas isterinya, Bella Astillah, kerana bimbang kenyataan yang diberikan akan disalah tafsir.

“Saya doakan yang baik-baik untuk semua orang. Semoga yang baik-baik juga berbalik kepada diri kita. Untuk berkata lebih soal peribadi, mungkin tidak,” katanya.

Untuk rekod, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 9 September 2016 dan bercerai pada 13 Jun 2024 selepas melalui episod rumah tangga yang berliku. Mereka pernah berpisah pada 16 Mei 2019 sebelum rujuk semula ketika dalam tempoh idah. Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan dua cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Dalam perkembangan lain, Aliff akan turut serta dalam Havoc Trio Festival 2025 yang bakal berlangsung di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dari 4 hingga 7 Disember tahun depan.

aliff aziz
https://lomp.at/ytinr
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Foto - @remyishak (Threads)
Lokal

Tuduh Sumber Rezeki Tak Halal, Remy Ishak Bidas Tareq Fit- “Sejarah Hitam Apa Hantui Hidup Anda?”

by Nurul A.
February 24, 2026

Kenyataan berbalas jurulatih kecergasan, Tareq Fit terhadap teguran pelakon Kamal Adli nampaknya telah mencuri perhatian orang ramai termasuklah pelakon senior...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Lokal

Ieda Moin Kongsi Realiti Sebagai Seorang Artis-“Berbekalkan Populariti, Followers Berjuta, Kontroversi..”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon dan pelawak, Ieda Moin berkongsi realiti kehidupan sebagai seorang artis yang kini lebih kepada populariti dan bilangan pengikut di...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Foto - @elyanaofficial1 (IG)
Lokal

“Jangan Ejek Rasa Sakit Yang Belum Pernah Kau Rasakan”- Elyana Emrizal

by Nurul A.
February 5, 2026

Bersempena dengan sambutan Hari Kanser Sedunia semalam. penyanyi Elyana Emrizal telah mencuri perhatian orang ramai apabila berkongsi hantaran penuh makna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara