Sunday, August 3, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Aliff Syukri Bantu Sajat Hadiahkan Kerusi Roda Untuk Bapa, Netizen Terharu!-“Awak Tetap Sahabat Saya…”

by Naddy Joe
October 4, 2023
78
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat sebelum ini pernah menyuarakan hasrat untuk memberikan kejutan dengan menghadiahkan sebuah kerusi roda kepada bapa untuk kemudahan harian menerusi sesi live di media sosial bersama peminatnya baru-baru ini.

Terkini, menerusi hantaran di Instagram, impiannya menjadi kenyataan selepas sahabat karibnya yang juga usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dilihat tampil membantu Sajat untuk membelikan kerusi roda berkenaan. Jelas Aliff Syukri, beliau melakukan panggilan video bersama Sajat untuk membiarkan dirinya memilih sendiri kerusi roda yang dimahukan untuk bapanya itu.

“Masa ni saya buat video call suruh Sajat pilih sendiri kerusi roda bapa dia. Dia happy sangat sampai menitis air mata dia sebab happy.”-kongsi Aliff Syukri di Instagram

Tetap Menjadi Sahabat

Tambahnya lagi, Datuk Seri Aliff Syukri menyatakan bahawa Nur Sajat tetap menjadi sahabatnya biarpun apa sahaja yang berlaku, malah turut meluahkan rasa rindu ketika mereka menjadi jiran di kawasan kediaman yang sama.

“Apa pun terjadi, awak tetap sahabat saya Sajat. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Rindu masa dulu-dulu awak jadi jiran saya. Rindu dengan zaman dulu-dulu. Bila awak boleh balik sini..”-tulis Aliff lagi

View this post on Instagram

A post shared by Aliff syukri kamarzaman (@aliffsyukriterlajaklaris)

“Alhamdulillah Datuk Memang Sahabat Yang Baik…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terharu melihat tindakan murni yang dilakukan oleh Aliff sebagai seorang sahabat, malah turut mendapat respon Sajat di ruangan komen yang rasa sebak kerana sudi membantunya menghadiahkan sebuah kerusi roda untuk bapanya itu.

“Terima kasih Datuk dan Datin kerana membantu Sajat membeli wheelchair buat ayah Sajat. Hanya Allah dapat membalas semuanya ?.”-Nur Sajat

“Alhamdulillah Datuk memang sahabat yang baik.”

“Terbaik Datuk. Keep on bagi contoh positif macam ni.”

“Alhamdulillah, sahabat sejati adalah Aliff Syukri. Susah senang dia akan ada untuk Sajat. Di sini la Sajat boleh nampak siapa kawan siapa lawan.”

“Alhamdulillah. Kita hidup saling bantu membantu lebih-lebih lagi yang memerlukan. Allah sayang.”

Sahabat yang sentiasa ada ketika susah dan senang amatlah sukar untuk dicari ganti…Apa komen anda?

[VIDEO] "Isteri Saya Banyak Membantu Susah Senang..."-Aliff Syukri
aliff syukrinur sajat
Share31Tweet20SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Diana Danielle Menari Bersama Anak-Anak, Lain Pula Yang Netizen Terpegun!

  3. 3

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  4. 4

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  5. 5

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem