Monday, October 6, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Aliff Syukri ‘Throwback’ Konflik Dengan Ibu, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Pernah Bagi Parang Kat Tangan..”

by Naddy Joe
August 15, 2025
16
KONGSIAN
Share on Facebook

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengimbas kembali konflik yang dihadapi bersama ibunya, Bonda Rozita Ibrahim menerusi video yang dimuatnaik di media sosial, baru-baru ini.

Kongsi Aliff di TikTok, dia mengakui pernah mempunyai konflik bersama ibunya selama hampir empat tahun selain mesej di WhatsApp dan panggilan telefonnya tidak diangkat.

“Saya pernah ada konflik dengan ibu saya sendiri hampir empat tahun. Ibu saya tak baca WhatsApp, tak angkat call. Dan ibu saya itu seorang yang betul-betul tegas.

Apa yang berlaku pada diri saya, memandangkan ibu saya kahwin, dan saya mempunyai beberapa orang bapa tiri. Sejahat-jahat seorang ibu atau bapa, dia tetap ibu /bapa kita.

“Ibu Pernah Bagi Parang Kat Tangan, Saya Okay Je..”

Tambah Aliff, dia berpendapat kehidupan tanpa doa seorang ibu itu adalah tidak berkat biarpun dia pernah diludah serta ditetak parang pada tangannya.

“Bila anda menjadi seorang anak, apalah erti untuk hidup tanpa doa seorang ibu. Saya yakin ibu adalah orang yang paling mulia.

Ibu saya pernah ludah saya, saya okay je, pernah bagi parang kat tangan. Ibu saya pernah tarik rambut dan pijak saya, saya okay je.

Hidup tanpa doa ibu adalah tidak berkat”-kata Aliff

@kedai_dherbs

Berkat dari seorang Mak tu penting korang #aliffsyukriterlajaklaris #papalaris

♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris

“Sebab Tu Rezeki Dato Melimpah Ruah..”

Perkongsian Aliff mencetuskan pelbagai reaksi netizen di ruangan komen, malah ramai yang memuji sikap Aliff yang tidak berdendam dan sentiasa menghormati ibu kandungnya.

“Sebenarnya kita faham je, dari apa yang Dato cerita, Kak Yati cerita sebelum-sebelum ni faham sendiri je la. Sebab tu kita selalu jangan fikir bila kita mak, kita tak ada salah pada anak. Sebenarnya kita sebagai ibu bapa pun banyak dosa pada anak. Selalu-selalu la minta maaf pada anak juga.”

“Orang dulu punya mentaliti lain, sekarang silap-silap saman, masuk lokap.”

“Sebenarnya Dato tak okay, tapi Dato maafkan. Papa sedang luahkan perasaan, hati kita terluka tak mudah lupakan tapi kita maafkan kerana agama mengajar kita supaya tak menjadi anak derhaka.”

“Sebab tu rezeki Dato melimpah ruah, sebab Dato menghormati ibu.”

Apa komen anda?

[VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad
aliff syukribonda rozita ibrahim
https://lomp.at/10qvz
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Cik B Turun 15 Kg Dalam Masa 2 Bulan, Amalkan Diet Yang Sihat

  2. 2

    [VIDEO] Pesona Keayuan Sultanah Bahiyah Curi Perhatian, Ada Yang Samakan Wajah Dengan Fazura

  3. 3

    Anak Siti Nurhaliza Dengar Seperti Pangilan Suara Ketika Maghrib – Netizen Meremang Tengok Video Ini!

  4. 4

    Masih Ingat Pada ‘Anjali’ Kuch Kuch Hota Hai? Ini Rupa Terkininya Selepas 27 Tahun

  5. 5

    [VIDEO] Gelagat Fattah Amin Main Trampoline, Raih Perhatian Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem