• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Almy Nadia Akui Rasa Tertekan Melihat Perubahan Suami, Dato Fizz Fairuz?

by Puteri Alia
September 24, 2021
Foto - Instagram @alymnadiaofficial

Foto - Instagram @alymnadiaofficial

Share on Facebook

Tular di media sosial milik Alym Nadia yang meluahkan rasa sedih melihat perubahan mendadak suaminya Dato Fizz Fairuz, selepas tamat berlakon cerita seram berjudul Misteri Topeng Barongan di kawasan kampung Sahom, Gopeng, Perak.

Almy Nadia Tertekan Suami Kena Gangguan Halus

Dipetik dari Instagram Datin Almy Nadia, suaminya diserang penyakit misteri selepas pulang dari penggambaran tersebut. Menurut Datin Almy, suaminya sering dalam keadaan termenung, mood berubah, tidak ceria seperti dahulu.

Meski suaminya telah berubat, namun masih terdapat sisa baki gangguan dan ianya bukan mudah untuk pulih serta kembali ceria seperti dahulu dan hal ini membuat Datin Almy berasa tertekan.

Foto – Instagram @alymnadiaofficial

“Memang pasal kau, laki aku kurus kering sakit tau.

Balik dari shooting cerita ni lah, suami kami @fizzfairuzofficial di landa sakit misteri sampai tak makan, tak minum 2 minggu. Sampai di serang sakit gastrik tau, walaupun dah berubat tapi bekas sisa baki tu masih ada yer…

Sekarang dah pulih tapi masih suami kami di landa sakit termenung, moody, sakit, susah senyum dan tak ceria macam dulu….

Disebabkan cerita ni lah, disebabkan dia shooting ni lah dekat Gopeng, kawasan kampung Sahom. Realitinya aku sekarang tengah tekanan dan jadi sedih sebab suami aku yang dulunya ceria, gembira ja, tapi sekarang sakit tau..

Tekanan…. Nak pulihkan sakit dia bukan senang…… @fizfairuzofficial”

Netizen Luah Rasa Risau Dan Mendoakan Agar Fizz Fairuz Segera Pulih

Melihat luahan bekas pelakon itu, orang ramai mendoakan agar Dato Fizz Fairuz segera sembuh dan dalam masa yang sama menitipkan kata-kata semangat buat Datin Almy supaya kekal kuat.

“Moga cepat sembuh”

“Allahuakbar… Semoga dikurniakan kesihatan yang baik seperti sedia kala Amin..”

“Semoga dipermudahkan segala urusan Dato dan Datin sekeluarga. Semoga Dato kembali sembuh seperti biasa. Amin..”

Foto – Instagram @alymnadiaofficial

“Allahuakbar.. Kekal kuat ok. Semoga Fizz segera sembuh. Amin..”

“Allahuakbar.. Kekal kuat. Semoga diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segalanya.”

Foto – Instagram @alymnadiaofficial

Selain itu, ada juga yang berkongsi pandangan serta pengalaman mereka mengenai gangguan dari alam ghaib ini dan perkara sebegini harus dipandang serius.

“Saya orang kampung Sahom. Cuma nak cakap kampung Sahom ni ada tempat yang tak boleh silap langkah. Kampung yang banyak gunung. Semoga Dato Fizz Fairuz cepat sihat”

“Topeng-topeng dari Indonesia ni memang mungkin ada benda menjaga atau dalam dia. Saya banyak kali juga kena masa selalu balik ke Indonesia dulu..

Pernah usik, balik demam dan pernah nampak kelibat dekat topeng-topeng yang tergantung. Hati-hati dengan benda-benda macam ni.. Minta jauh.. Semoga Dato Fizz Fairuz sihat dan semua dalam lindungan Allah SWT”

Semoga Dato Fizz Fairus kembali pulih sedia kala dan dilindungi gangguan dari alam ghaib ini.

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- "Ini Kelakar..."
Almy NadiaFizz Fairuzgangguan ghaib
https://lomp.at/tlkxk
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
via AI Generated
LifeXplore

Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

by Farah Fatihah
January 18, 2026

Bila dengar nama negeri Selangor, ramai terus teringat "shopping mall" yang besar, jalan sesak dan suasana bandar yang sibuk. Tapi...

Read moreDetails
Lokal

Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon, Adam Corrie membuat perkongsian di media sosial mengenai dirinya yang tidak menghantar anak lelakinya itu untuk belajar di sekolah...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak kehilangan mengejutkan arwah Nadia Kesuma pada 15 Januari lalu, banyak spekulasi dan maklumat tidak tepat mula tersebar di media...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  2. 2

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  3. 3

    Tak Jauh Pun Dari KL? Ini 5 Pantai Di Selangor Yang Wajib Anda Singgah Untuk Healing

  4. 4

    Adam Corrie Kongsi Alasan Tidak Hantar Anaknya Ke Sekolah Cina-“Dia Tidak Berminat..”

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore