Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Along Cham Akui Gagal Didik Isteri, Nekad ‘Move On’ Selepas Cerai Kali Kedua

by Puteri Alia
September 30, 2025
Share on Facebook

Kembali menduda buat kali kedua selepas lafaz talak disahkan mahkamah, pelawak dan pelakon Along Cham memilih untuk meneruskan kehidupan dengan tenang serta melupakan segala peristiwa lampau bersama bekas isterinya, Afreena Suhaimi. Menurut Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, dia tidak mahu lagi mempunyai sebarang urusan dengan wanita terbabit selepas melalui pelbagai dugaan sejak awal kemelut rumah tangga mereka.

“Sekali lagi saya cakap, saya mahu ‘move on’. Mungkin ada sesetengah pasangan selepas bercerai masih boleh berkawan, namun tidak pada saya. Melihat apa yang dia lakukan terhadap saya terutama sejak hari pertama saya ditahan, memang bermacam-macam dugaan saya tempuh. Jadi lebih baik begini, kita teruskan kehidupan masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang.

Along yang hadir bersama peguamnya, Muhammad Akmal Amzan, turut melahirkan rasa lega apabila kes perceraian yang berlarutan hampir setahun akhirnya menemui penamat. “Alhamdulillah, saya lega kerana setahun perkara ini berjalan. Sekarang saya mahu ‘move on’ dan teruskan kehidupan. Saya bersyukur kerana sentiasa ada ibu di sisi memberikan sokongan, selain masih ramai yang mendoakan kesejahteraan saya. Terima kasih semua,” ujarnya.

Tambahnya lagi, ujian yang ditanggung bukan hanya berkaitan rumah tangga, malah turut menjejaskan kerjayanya sewaktu melalui episod ditahan di Penjara Sungai Buloh. Ditanya sama ada perceraian itu mencerminkan kegagalannya sebagai seorang suami, Along tidak menafikan kelemahan diri. “Nak salahkan orang lain pun tidak boleh kerana akhirnya ia kembali kepada tanggungjawab seorang suami. Orang pasti akan cakap saya gagal mendidik isteri, saya akui semua itu. Saya gagal mengemudi rumah tangga ini dengan baik,” jelasnya.

Along Cham Dedah Bukti Rakaman Suara Isterinya Curang, Siap Dapat Bantuan Bekas Suami Afreena!

Walau begitu, Along tidak menutup pintu hati untuk berkahwin lagi suatu hari nanti, meskipun sudah dua kali berdepan kegagalan rumah tangga. “Fasal serik untuk berkahwin pada masa depan mungkin tidak. Saya anggap semua ini ujian dalam perkahwinan dan saya belajar sesuatu daripadanya,” katanya.

Terdahulu, mahkamah mengesahkan Along dan Afreena sah bercerai talak satu. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 April 2024, namun hubungan goyah sehingga pelakon berkenaan melafazkan talak sebanyak dua kali pada Jun dan Julai tahun yang sama.

Untuk rekod, Along pernah berkahwin dengan penyanyi Zila Saeron pada September 2016 sebelum berpisah. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14, yang kini berada di bawah jagaannya.

along cham
https://lomp.at/b7195
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Spotlight

Musuh Terbesar Penyanyi… Rozi Bongkar Kejadian Sebenar Sebelum Siti Nurhaliza Buat Konsert di TV2

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Ramai peminat mungkin tak sedar, di sebalik persembahan gemilang Dato' Sri Siti Nurhaliza dalam konsert ‘Aku Cinta Padamu – 30...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Foto - @emma_maembongofficial (IG)
Lokal

[VIDEO] Emma Maembong Akui Kunjungi Kelab Malam Di Miri- “Saya Masuk Dalam Keadaan Gembira”

by Nurul A.
February 4, 2026

Aktres Emma Maembong menjadi perbualan ramai selepas tampil menjelaskan kontroversi tular mengenai dirinya memasuki kelab malam di Sarawak baru-baru ini....

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara