• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Kesihatan

Boleh Jimat Kos Perubatan, Teknologi mRNA Mampu Kesan Penyakit Lebih Awal

by Phic ARMAN
August 4, 2020
16
KONGSIAN
Share on Facebook

COVID-19 telah menjadi sebuah ancaman besar di setiap negara pada masa ini. Ramai saintis antarabangsa berlumba-lumba mencari vaksin COVID-19 termasuk menggunakan teknologi baharu dikenali sebagai mRNA (Messenger Ribonucleic Asid).

Menurut Pakar Onkologi yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, ALPS Group, Dr Tham Seng Kong, COVID-19 boleh di kesan di dalam ‘Ribonucleic Acid’ (RNA). Justeru, virus itu boleh diuji dengan menggunakan teknologi mRNA untuk mengenalpasti asal usulnya dan menghasilkan vaksin yang tepat untuk memerangi Covid-19, dimana ia adalah satu teknologi baru yang inovatif pada masa kini.

Antara yang terkini diuji oleh saintis antarabangsa ialah mRNA-1273 yang khusus dibangunkan untuk membendung virus SARS-CoV-2.

‘ALPS Group (MyGenome Institute) merupakan peneraju utama teknologi mRNA di Asia Tenggara. Kami mempunyai lebih daripada 10 orang saintis dikalangan rakyat Malaysia. Teknologi mRNA ini bukan sahaja terbukti mampu digunakan sebagai instrumen menghasilkan vaksin, tetapi ia juga terbukti berupaya mengenalpasti sehingga 31 jenis penyakit pada peringkat awal termasuk Kanser, Alzheimer, Kencing Manis, Parkinson dan Penyakit Jantung’.” kata Dr. Tham Seng Kong

Sifat RNA berbeza dengan Deoxyribonucleic Acid (DNA). DNA tidak akan berubah, unik bagi setiap individu dan boleh diwarisi dari generasi ke generasi. Berbeza pula RNA, ia boleh berubah mengikut persekitaran, gaya hidup, pengambilan ubat-ubatan dan diet pemakanan. Berdasarkan faktor berkenaan, jelas Dr. Tham, ia boleh memberi kesan kepada tahap kesihatan sehingga mendedahkan tubuh individu yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah dijangkiti pelbagai jenis penyakit.

Beliau menyarankan orang ramai untuk melakukan ujian DNA sekali seumur hidup dan ujian susulan mRNA setiap tahun untuk lebih memahami keunikan tubuh masing-masing, sekaligus dapat mengesan penyakit lebih awal. Individu yang telah melakukan saringan berkenaan boleh bersedia untuk melakukan langkah pencegahan dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan diet pemakanan yang betul melalui khidmat nasihat pakar nutrisi kami.

Teknologi ujian DNA di ALPS Group (MyGenome Institute) menggunakan kaedah Penjujukan Keseluruhan Genom (Whole Genome Sequencing, WGS) iaitu proses menentukan jujukan DNA yang lengkap bagi keseluruhan gen. Peratusan hasil keputusan ujian ini dengan menggunakan sampel darah adalah lebih tepat, berbanding peratusan hasil ujian menggunakan kaedah lain.

‘Apabila kita berbicara tentang DNA/mRNA, kita sebenarnya menceburi teknologi perubatan baharu masa depan. Ini kerana teknologi ujian berkenaan memberi peluang kepada individu untuk mencegah lebih awal penyakit. Sama ada penyakit berkenaan diwarisi atau disebabkan faktor persekitaran, ia sekaligus memberi ruang kepada mereka yang telah melakukan pengujian DNA/mRNA dengan kami dapat mengurus kesihatan dengan lebih baik demi masa depan lebih cerah.

Usah biarkan kita hanya mengetahui diserang sesuatu penyakit yang lebih serius di peringkat akhir, sehingga dibebani kos perubatan yang amat tinggi dan membebankan. Mencegah lebih baik daripada mengubati.’- tambah Dr. Tham Seng Kong.

ALPS Group (MyGenome Institute)
Dr Tham Seng Kong
https://lomp.at/3wab2
Share6Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Berita

Berlari Sambil Menikmati Pesona Pantai Timur: Mesra Run 2025 Sarat Semangat & Kesedaran Mental!

by Zaidin Albert
October 15, 2025

Kami di MURAI baru-baru ini berpeluang menyertai Kempen Kesedaran Kesihatan Mental 2025 anjuran Mesra Mall, dan acara paling mencuri tumpuan...

Read more
Kesihatan

Nak Lari Jauh Tanpa Drama? Ini Cara Pilih Outfit Running Yang Betul

Kalau nak lari jauh atau sekadar jog keliling taman, pemakaian yang betul memang boleh jadi game changer. Bayangkan kalain dah...

Read more
by Phic ARMAN
September 12, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  2. 2

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  3. 3

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  4. 4

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  5. 5

    [VIDEO] Nabil Ahmad Tunjuk Botol Air Milik Bella Astillah-“Kalau Gosok Keluar YB Nanti”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem