Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Amber Heard Diminta Keluar Dari ‘Aquaman 2’ Sebagai Mera, Ini Sebabnya!

by Zaidin Albert
November 15, 2019
18
KONGSIAN
Share on Facebook

MuraiMY ingin berkongsi sedikit mengenai kisah pelakon cantik dari Hollywood, Amber Heard. MuraiMY bukan mahu bercerita mengenai kes perceraian beliau dengan pelakon kacak Johnny Depp, tetapi peranannya dalam siri “Aquaman”.

Baru-baru ini, agak mengejutkan apabila ramai peminat membuat petisyen terhadap Amber Heard untuk keluar dari projek sekuel “Aquaman”, iaitu “Aquaman 2” yang dilaporkan akan dikeluarkan oleh Warner Bros.

Mereka sepakat beramai-ramai untuk memastikan pelakon cantik ini tidak lagi memainkan watak Mera, yang begitu dekat dengan Arthur Curry (Jason Momoa).

Sehingga artikel ini ditulis, petisyen bertajuk  “Remove Amber Heard from Aquaman 2” ditandatangani oleh sekitar 38,736 ribu peminat, dengan sasaran 50 ribu tandatangan. Petisyen ini ditujukan kepada Courtney Simmons, SVP of Publicity & Communications DC Warner Bros  dan Paul McGuire, Komunikasi Korporat DC Entertainment.

Nak tahu apa puncanya? MuraiMY difahamkan petisyen yang dimuat naik di halaman Change.org berkaitan dengan kes perceraian Amber dan Johnny. Seperti yang dilaporkan oleh News18, adalah diketahui, beberapa waktu lalu Amber Heard telah melakukan kekerasan terhadap bekas suaminya semasa perkahwinan mereka.

Amber dituduh memukul Johnny Depp dua kali. Di samping itu, terdapat juga berita yang memberitahu Amber untuk mencederakan Johnny Depp  dengan botol vodka, yang memaksa bekas suaminya melakukan pembedahan.

Foto: Dailymail

Dalam perkembangan berbeza, Johnny Depp sendiri sebelum ini meminta Warner Bros untuk tidak lagi mengambil bekas isterinya dalam projek mereka yang seterusnya. Dikabarkan, pegawai Warner Bros diam-dia mempertimbangkan permintaannya itu.

Sementara itu, Warner Bros sendiri telah mengumumkan tarikh keluaran “Aquaman 2” sejak Februari lalu. Projek sekuel ini nampaknya bersedia menemui peminat pada 16 Disember 2022.

Walau bagaimanapun, tidak pasti sama ada James Wan akan kembali mengarahkan sekuel ini. Tetapi pengarah siri “The Conjuring” itu dilaporkan akan menjadi penerbit untuk projek ini.

https://lomp.at/bto5w
Share16Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  3. 3

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

  4. 4

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara