Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Ameera Khan Beli Kuda Tanpa Pengetahuan Bapa? Ini Sebabnya!

by Jash Lee
June 16, 2023
Share on Facebook
  • Adik kepada usahawan dan selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila muncul sebagai tetamu undangan dalam rancangan Studio Sembang di youtube.

Studio Sembang merupakan sebuah rancangan, yang menghimpunkan selebriti serta influencer terkenal dari Malaysia. Rancangan tersebut juga membolehkan netizen mengetahui kisah kehidupan peribadi tetamu jemputan tersebut. Terutamanya peminat mereka, pasti ingin mengetahui mengenai bagaimana cara kehidupan mereka masa kecil dan perkara yang paling tak dapat dilupakan yang pernah berlaku dalam hidup mereka.

Tak Terfikir Akan Suka Untuk Menunggang Kuda

Dalam Studio Sembang, Ameera di tanya mengenai soal hobinya menunggang kuda kerana dia sering memuat naik gambar di instastory miliknya serta kelihatan sentiasa bersama dan menunggang kuda.

Kata Ameera, dia tidak pernah terfikir untuk menunggang kuda di Malaysia sehingga kawannya ajak untuk melakukannya di sini. Pada mulanya, Ameera menjangkakan bahawa dirinya tidak akan suka untuk menunggang kuda lagi kerana pernah mencubanya sewaktu kecil. Namun setelah beberapa kali memasuki kelas menunggang kuda, hatinya berubah serta jatuh hati dengan hobi terbarunya itu.

VIA instagram

Tambahnya lagi, baru-baru ini Dia telah membeli seekor kuda untuk lebih mendalami hobinya itu, akan tetapi ayahnya tidak mengetahui mengenai kuda yang baru dibelinya.

“2 minggu yang lalu, saya membeli kuda, ibu saya mengetahui perkara ini akan tetapi ayah saya tidak. Sebabnya ibu saya beritahu ayah yang saya ingin membeli kuda dan jawapan dari ayah adalah saya kene buktikan kepadanya bahawa saya boleh menjaga kuda sebelum membelinya.”-kata Ameera

“Lepastu saya berkata kepada ayah, macam mana saya nak buktikan sedangkan saya tiada kuda, dan kemudian saya membelinya”-tambah Ameera

Selain itu, Ameera memberitahu bahawa, kini dirinya sedang menikmati kehidupan yang diidamkan olehnya dan apa yang ditunjukkan di laman instagram hanyalah 10 peratus dari kehidupannya. Dia berkata lagi, tidak ingin kongsikan sepenuh kehidupannya kepada umum kerana mengingati pesanan salah seorang kakaknya  iaitu “Ikut resmi padi, semakin berisi  semakin menunduk”

Beri Sokongan Kepada Kekasih, Ameera Khan Sanggup Bawa "Angkatan Tentera" Ke Jakarta
YouTube video

Apa kata anda?

ameera khan
https://lomp.at/eoi81
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Abby Abadi Beri Respon Kenyataan Umisya-“Jangan Berlebihan Mereka-Reka Cerita…”

by Naddy Joe
April 1, 2026

Pelakon, Abby Abadi tampil memberi penjelas selepas kenyataannya mengenai rumah tangga anak perempuannya, Marissa Dania dan Aslam menimbulkan salah faham...

Read moreDetails
Gossip

Radin ERA Bersuara Selepas Dipersoal Netizen Tak Mulakan Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella ‘On Time’

by Naddy Joe
February 16, 2026

Penyampai radio dan pengacara, Radin ERA tampil memberi respon terhadap komen netizen yang mempersoalkan dirinya yang dikatakan tidak memulakan konsert...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara