Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ameera Khan Tampil Sopan, Neelofa Doa Dikurnia Rahmat – Netizen Terkejut Lihat Perubahan Mengejut

by Puteri Alia
July 9, 2025
Share on Facebook

Penampilan terbaharu pempengaruh terkenal Ameera Khan mengejutkan ramai apabila dia tampil dengan imej yang jauh lebih sopan dan anggun daripada kebiasaannya. Menerusi satu hantaran di Instagram, Ameera kelihatan ayu dalam busana serba hijau lengkap dengan selendang, sekali gus mencuri perhatian netizen yang selama ini sering mengkritik gaya fesyennya yang mencolok mata. Namun kali ini, pujian bertali arus membanjiri ruangan komen, menzahirkan rasa kagum dan sokongan terhadap perubahan imej yang ditampilkan.

Lebih manis, kakaknya yang juga usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa turut memberi reaksi positif terhadap penampilan adiknya itu. Dalam satu hantaran InstaStory, Neelofa menulis ucapan ringkas namun penuh makna, “Masya-Allah comel sungguh. Semoga Baby sentiasa disantunimu dengan rahmat kasih sayang-Nya,” merujuk kepada nama timangan Ameera. Ucapan itu disertakan bersama perkongsian semula gambar Ameera yang dimuat naik di Instagram.

Netizen pula tidak ketinggalan menzahirkan rasa gembira dan berharap perubahan tersebut bukan sekadar imej sementara. Ramai yang memuji wajah manis dan aura lembut Ameera apabila mengenakan busana sopan. “Masya-Allah Ameera, manisnya. Sejuk hati melihat,” tulis seorang pengguna, manakala yang lain menambah, “Tak apa kalau belum nak bertudung tapi penampilan macam ini baru nampak original Pakistan,” merujuk kepada darah keturunan Pakistan yang dimiliki Ameera.

Tidak dinafikan, sebelum ini imej fesyen Ameera sering menjadi bahan kritikan kerana dianggap terlalu berani dan tidak sesuai dengan latar belakang keluarganya yang dikenali dengan nilai-nilai Islami. Namun, perubahan terkini ini sedikit sebanyak menunjukkan sisi yang lebih matang dan terarah dalam penampilan dirinya. Sama ada ini satu permulaan kepada perubahan yang lebih besar atau sekadar eksperimen gaya fesyen, peminat kini mula menaruh harapan agar Ameera kekal dengan imej yang lebih sopan dan santun seperti yang ditonjolkan kini.

[VIDEO] Tular Berpelukan Dengan Wanita, Jefri Nichol Ada Kekasih Baru?
ameera khanneelofa
https://lomp.at/ac7pi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Alicia Amin Pertahan Meerqeen Yang Dikecam Makin Berisi?

by Naddy Joe
February 19, 2026

Aktres dan model, Alicia Amin meluahkan rasa kesal terhadap sikap segelintir netizen yang mempersoal perubahan fizikal aktor kacak, Meerqeen yang...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Spotlight

Perkongsian Syed Saddiq Di Twitter Pada 2017 Curi Perhatian, “YB Dah Lama Aim”

by Phic ARMAN
March 29, 2026

Beberapa hari ini, nama Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah hangat diperkatakan susulan berita pertunangan mereka yang berlangsung...

Read moreDetails
Lokal

Che Ta Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahirnya Yang Ke-53-“Forever Young Laa Hampaa”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Pelakon dan usahawan jelita, Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta mencuri perhatian netizen selepas memuatnaik hantaran...

Read moreDetails
Foto - @hannahdelisha (IG)
Lokal

Didakwa Ganggu Hannah Delisha, Individu Tegur Sikap Lelaki- “Sibuk Nak Pegang Tangan Sampaikan…”

by Nurul A.
March 11, 2026

Rasanya sudah lama tidak mendengar khabar tentang pelakon jelita Hannah Delisha kan? Pagi tadi, MURAI ternampak sebuah hantaran seorang pengguna...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    “Naik Kereta Ni Tak Terasa Seperti Bruce Wayne, Tapi Rasa Macam Putera Mateen”-Ujar Alif Satar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara