Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amelia Christie Dedah Diganggu Lelaki Miang, Netizen Kata Dunia Media Sosial Kian Hilang Adab

by Puteri Alia
November 17, 2025
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Pelakon meningkat naik, Amelia Christie, meluahkan rasa penat dan muaknya selepas berbulan-bulan berdepan gangguan menjijikkan daripada beberapa individu lelaki yang tidak beradab di media sosial. Setiap kali dia memuat naik gambar, terutama di Instagram Story, akan muncul mesej pelik dan melampau yang mengganggu emosinya.

Lebih memburukkan keadaan, ada yang secara tiba-tiba mendakwa kononnya mahu ‘uji bakat’ untuk filem berunsur 18+, seolah-olah cuba memanipulasi ruang peribadinya dengan alasan tidak masuk akal. Amelia, atau nama sebenarnya Amelia Christie Lim, 25, mengakui situasi itu sudah cukup untuk membuatkan sesiapa sahaja hilang sabar, namun dalam masa sama ia menimbulkan rasa takut kerana tidak tahu sejauh mana gangguan tersebut boleh melarat.

Dalam perkongsiannya di Threads, Amelia berkata dia sendiri tidak pasti sama ada mahu ketawa atau menangis apabila membaca mesej-mesej yang dihantar, ditambah pula dengan cara penulisan dan emoji yang digunakan secara melampau menggambarkan niat tidak baik pengirim. Baginya, tindakan memblok sudah menjadi rutin, namun ia bukan penyelesaian menyeluruh kerana masalah ini tetap berulang bukan sahaja kepada dirinya, malah ramai wanita lain yang berada di platform sama.

Amelia menegaskan wanita hanya ingin menikmati media sosial tanpa diganggu oleh ‘strangers’ yang hilang adab sejak entah bila. Dia turut menitipkan peringatan lembut kepada golongan lelaki bahawa bercakap dengan wanita secara sopan jauh lebih memudahkan urusan dan memberikan kesan baik, berbanding bertindak seperti “broken NPC” atau karakter rosak dalam permainan video yang hanya memikirkan hal seksual.

Keluhan Amelia turut disokong ratusan netizen yang menyifatkan fenomena ini semakin membimbangkan, dengan ramai meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir lelaki yang gagal menjaga batas di ruang digital. Situasi ini bukanlah baru dalam industri hiburan, kerana selebriti seperti Nadia Brian, Rezza Shah dan Sophia Albarakbah turut pernah melalui gangguan serupa. Bagi Amelia, yang diharapkan hanyalah sedikit rasa hormat dan kemanusiaan agar ruang media sosial kembali menjadi tempat selamat bagi semua.

amelia christie
https://lomp.at/207dq
Share4Tweet3SendShare

KINI TRENDING

Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara