Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amir Jahari Dan Lydbie Kolaborasi Dalam Single Pertama PERNAHKAH

by Aphit J.
December 17, 2022
Share on Facebook

Pernahkah, ciptaan sepenuhnya oleh Amir Jahari dan nyanyian oleh Amir Jahari dan Lydbie merupakan taruhan pertama daripada 10 lagu yang terkandung dalam album Joget : Made In Malaysia.

Hasilkan Album Joget : Made in Malaysia

Album Joget : Made in Malaysia adalah sebuah projek terbitan Luncai Emas Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) menerusi Dana Kandungan Digital.

Ia adalah sebuah projek yang mengangkat irama joget ke dalam karya-karya terbaru generasi muda.

Kolaborasi Yang Hebat

via Youtube

Objektif penerbitan album ini adalah untuk memperbanyakkan lagi lagu-lagu joget melayu kepada versi yang lebih kontemporari, inovatif, dinamik dan menjadi sebahagian proses rejuvenasi muzik Malaysia.

Album ini menggabungkan kepakaran penggiat seni professional, pensyarah dan pelajar muzik dan seni dari empat institusi pengajian tinggi awam iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bersama artis-artis baru pelapis masa hadapan seperti Luca Sickta, Kmy Kmo dan Putri Khareeza.

Keduanya Penyanyi Dari Sarawak

Amir Jahari yang asalnya dari Sarawak, cukup terkenal kerana pencapaiannya sebagai seorang artis, pencipta, dan pemuzik yang membawakan muzik bergabung dengan bunyi-bunyian etnik, folk dan pop, kali ini berpadu suara dengan Lydbie, penyanyi muda juga dari Sarawak.

Luncai Emas berharap usaha album joget ini akan mendapat sokongan semua golongan peminat tua dan muda dan daripada radio, televisyen, media cetak dan elektronik.

Lagu Pernahkah berpotensi menjadi lagu yang diminati oleh semua golongan dan boleh didengari di semua platform streaming seperti Spotify, Apple Music, Joox, iTunes dan video muziknya juga boleh dilihat di saluran Youtube Luncai Emas tidak lama lagi.

Amir JahariLydbie
https://lomp.at/gu8u6
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mas Khan Bersyukur Dapat Miliki Rumah Baharu-“Bismillah Untuk Perjalanan Baru Kami…”

by Naddy Joe
March 5, 2026

Pelakon, Mas Khan menitipkan rasa syukur dapat memiliki kediaman yang menjadi baharu yang bakal didiaminya bersama isteri, Anastasha Diana. Mas...

Read moreDetails
Lokal

Fazura Titip Ucapan Istimewa Buat Bella Astillah-“Kini Menjadi Tunangan Lelaki Budiman..”

by Naddy Joe
March 30, 2026

Pelakon, Fazura menitipkan ucapan istimewa buat penyanyi Bella Astillah yang kini bergelar tunang kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq dalam...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara