Saturday, April 20, 2024

Misha Omar Akui Lagunya Pernah Kena ‘Reject’ Dengan Radio

Siapa tidak kenal dengan penyanyi yang memiliki vokal gemersik ini. Misha Omar nama yang diakui antara penyanyi terbaik negara.

Meniti kejayaan bergelar anak seni selama 15 tahun bukanlah sesuatu yang mudah untuk Misha. Namun Misha sedikit rasa kesal dengan anak-anak muda sekarang mudah berputus asa hanya disebabkan pengalaman yang baru setahun jagung.

Menurut satu temubual Misha bersama Utusan Online, dia akui memang ada pasang surut dalam bergelar anak seni.

“Saya ulas hal ini secara umum. Sejujurnya, sepanjang pembabitan saya sebagai penyanyi, memang ada pasang surut bergelar anak seni. Kalau mahu menyentuh kisah jatuh bangun saya dalam industri, satu hari memang tak cukup nak diceritakan.

YouTube video

Misha sempat berkongsi pengalaman pahit dan sedih sepanjang bergelar penyanyi. Misha yang turut menasihatkan anak muda berfikir dengan bijak dan membuat pertimbangan sewajarnya agar tidak mensia-siakan peluang.

“Cuma yang boleh kongsikan, lagu nyanyian saya pernah tidak dimainkan oleh radio-radio tempatan. Bukannya satu tetapi ada beberapa lagu yang mereka tolak. Sebab itu saya tertanya-tanya, kenapa perlu mengalah jika perjalanan seni itu berjalan dengan lancar?”

Muncul Dengan Buah Tangan Baru, Sampai Bila 


Selepas dua tahun berehat daripada sebarang single baharu, penyanyi Misha Omar kembali merancakkan arena seni suara dengan kemunculan buah tangan terkininya berjudul Sampai Bila.

YouTube video

Lagu yang dihasilkan oleh Sharon Paul serta lirik daripada Fedtri Yahya dan Shah Shamsiri itu telah pun dilancarkan di semua platform digital pada bulan Mei yang lalu. Kali terakhir Misha tampil dengan lagu baharu adalah pada 2016 berduet dengan Hafiz Suip menerusi lagu Terimaku Seadanya.

Sumber Utusan Online

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

HOT MINGGU INI