Wak Doyok Kecewa Asyraf Mazlan Cuba Jatuhkan Reputasinya

Beberapa hari yang lalu, berlaku beberapa perselisihan faham di antara ikon fesyen Wak Doyok dan rakan niaga nya, Asyraf Mazlan di Instagram. Menerusi laman sosial itu, Wak dituduh menipu peminatnya kerana menganggap Asyraf sebagai pembantu peribadinya sedangkan usahawan itu merupakan pemegang saham terbesar dalam jenama Wak Doyok. Berang dengan tuduhan tersebut, Asyraff tampil kemukakan beberapa bukti di Instagram nya.

IKLAN

Wak Kecewa, Anggap Asyraf Sebagai Adik Sendiri

Kecewa dengan tindakan Asyraf yang dilihat seperti menjatuhkan reputasinya, jelas Wak ianya bukanlah satu kerja mudah untuk membina ‘jenama’ nya sendiri yang diusahakannya sejak tiga tahun yang lalu. Malah bagi Wak atau nama sebenanrya Mohd Azwan, dia bertambah kecewa kerana tidak menyangka Asyraf sanggup berbuat demikian kerana menganggapnya seperti adiknya sendiri.

Bakal Ambil Tindakan?

Meskipun pelbagai kecaman diterima, bagi Wak dia tetap ingin menyelesaikan kemelut antara mereka secara baik. Meskipun begitu, Wak yang dilihat memuat naik kenyataannya di sebuah lokasi dipercayai Pejabat Peguam Negara mencetuskan tanda tanya dikalangan netizen adakah Wak bakal mengambil tindakan?

Apa pun, kami mendoakan agar kemelut diantara mereka diselesaikan secepat mungkin dan berbaik semula.

asyraf mazlanwak doyokwak doyok asyraf mazlan