Wow! Gadis Ini Menang Besar Di KLFW 2018

Pada jumaat yang lalu, syarkat penerbangan tambang murah terkenal , AirAsia telah meraikan sepuluh pereka fesyen muda Asean di Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) 2018

IKLAN

Berpeluang Tampilkan Rekaan


Para pereka tersebut, yang mana karier di dalam industri fesyen terus melonjak setelah menyertai pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS), mempersembahkan lebih 30 rekaan daripada jenama mereka sendirit termasuk koleksi ‘The Women of Illusion’ oleh Tran Thi Tu, yang menampilkan 16 rekaan daripada jenamanya, Tu Bong. Berasal dari Hanoi, Vietnam, Tran Thi Tu merupakan pemenang utama AARRDS 2017.

Menang Besar Dalam KLFW 2018


Tahun ini, pertandingan Akhir AirAsia Runway Ready Designer Search berakhir dengan gah di mana Daphne Lim Wen Sin dari Fashion Academy diumumkan sebagai Pemenang Utama, dan membawa pulang 150,000 Mata Ganjaran BIG AirAsia; RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul yang akan dipasarkan di fashionvalet.com; penampilan dalam majalah AirAsia Travel360; telefon pintar Huawei Nova 3 I 3i; sesi mentor daripada pasukan KLFW; dan slot untuk mempamerkan koleksi penuh pada KLFW 2019.


Tempat kedua pula jatuh kepada Lau Zhong Xun dari Kolej Raffles dan tempat ketiga jatuh kepada Tan Win Shean dari Esmod Kuala Lumpur. Kedua-duanya menerima kontrak untuk mereka koleksi pakaian bagi jenama Infinence dan telefon pintar Huawei Nova 3 I 3i. Tahniah diucapkan buat para pemenang!

airasiaAirAsia Runway Ready Designerklfwklfw 2018
Recommended