Keliru! Tarik Diri Dari GV5 Atau Tidak? Apa Kata Pengurus Zamani

Pada minggu yang lalu, penyanyi terkenal Zamani mengejutkan ramai pihak termasuk peminatnya kerana dia gagal meneruskan persembahan dalam rancangan realiti, Gegar Vaganza 5 (GV5) ekoran masalah kesihatan yang dialaminya.

IKLAN

Dalam konsert itu juga, Zamani telah tersingkir sebelum diselamatkan Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan kuasa imunitinya selaku penaja utama GV5.

Bekas Pengurus Dakwa Zamani Akan Menarik Diri

Menerusi laporan sebuah portal hiburan, Zamani menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pengurusnya, Johan Aziz memberitahu bahawa penyanyi itu akan menarik diri dari GV5 ekoran kesihatan yang tidak mengizinkan berada di atas pentas. Malah pelantun Syair Si Pari-Pari itu juga menangis kerana malu terhadap persembahannya minggu lalu.

Nafi Tarik diri

Dalam perkembangan lain,kenyataan sebaliknya dikeluarkan oleh pengurus terkini Zamani, Aalan Ahmad di mana dia menafikan kenyataan Johan Aziz serta buat masa ini Zamani tidak akan menarik diri dari program itu. Tambahnyah lagi, dia mengharapkan agar bekas pengurusnya itu tidak memberi sebarang kenyataan yang akan mengeruhkan lagi keadaan.

” Saya yang uruskan Zamani, jadi saya orang yang bertanggungjawab untuk membuat sebarang kenyataan tentang Zamani. Zamani seorang yang jujur, dia masuk GV5 cara baik, dia akan keluar dengan cara baik. Umpama masuk tempat orang, jadi kita hormati tuan rumah.

Johan tidak perlu keluar apa-apa kenyataan dan jangan keruhkan keadaan. Kejadian ini baru semalam berlaku, tak mungkin Zamani akan tarik diri sebelum berbincang dengan saya. Dia tak kan membelakangkan saya”

Menurut Aalan, Johan sebenarnya bukan pengurus Zamani dan hanya menguruskan Slam sebelum ini. Berkenaan imuniti yang diberikan pula, segala-galanya bergantung pada tahap kesihatan Zamani.

Sekiranya keadaan masih tidak mengizinkan, besar kemungkinan Imuniti akan dipulangkan semula kerana ianya seperti tidak adil buat penyanyi lain. Adakah Zamani akan teruskan perjuangannya pada minggu ini? Kami percaya ramai yang menantikan ‘comeback’ penyanyi lagenda ini. Semoga cepat sembuh Zamani!

gegar vaganza 5Zamani GV5Zamani Mengapa Perpisahan Yang Kau PintaZamani Tarik Diri