Tak Ikut Cakap Isteri, Aliff Syukri Menyesal!

‘Habis madu sepah dibuang’, itulah gambaran yang diberikan oleh Usahawan kosmetik dan penaja utama Gegar Vaganza musim kelima, Datuk Seri Aliff Syukri yang meluahkan perasaan kecewa di Instagramnya.

IKLAN

Aliff berkata dia berasa menyesal menaja program itu kerana dia dilayan seolah-olah seperti budak sekolah.

https://www.instagram.com/p/BqWXgyVAEMK/

“Habis sepah madu di buang itulah yg saya rasa bila dah sponser berjuta2. Saya masih kuat walapun terasa menyesal Dengan apa yang berlaku malam tadi, walapun saya letih tapi saya anggup kerja hari ni walapun hati sedih dilayan persis budak sekolah.”

Sepatutnya Nyanyi lagu ‘Biar Apa Orang Kata’ bersama rakan-rakannya

Dalam program GV5 Akhir yang berlangsung semalam, Aliff sepatutnya membuat persembahan dengan menyampaikan lagu terbaharunya, Biar Apa Orang Kata bersama rakan-rakannya.

“Tadi sepatutnya mereka join sekali menari tapi berlaku perkara yang saya tak rancang dan tak tahu apa motif mereka nak aibkan saya? Saya rasa macam mereka buat saya macam budak sekolah,” tambahnya.

Menyesal Tak Tak Dengar Nasihat Isteri

https://www.instagram.com/p/BqWa6MNAjta/

Kemudian pada statusnya lain pula, Aliff turut meluahkan rasa kesal kerana tidak mendengar nasihat isterinya sebelum ini.

“Saya tahu awak marah sebab saya tak ikut cakap awak semalam. Saya tersepit selepas insiden semalam, saya rasa down dan malas nak fikir”

aliff syukri
Recommended