[GAMBAR] Sekitar Majlis Sambutan Hari Lahir Anak-Anak Aliff Syukri

Sebaik sahaja isterinya, Datin Seri Nur Shahida pulang dari tanah suci, usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah mengambil keputusan untuk menyambut ulang tahun kelahiran ketiga-tiga anak mereka.

IKLAN

Bertemakan Madagascar

Menjemput hampir 500 orang tetamu, Aliff dan isterinya itu telah membuat sambutan tersebut di rumah mereka sendiri. Palace of Aliff Syukri yang bertemakan animasi terkenal, Madagascar.

Menurut Aliff, sudah lima tahun dia mengimpikan untuk mengadakan majlsi seumpama itu dan turut bersyukur majlis dapat diadakan dengan jayanya.

https://www.instagram.com/p/BqmsXZrAwnN/

Sambutan Meriah

Sambutan ulang tahun kelahiran tiga orang anak mereka iaitu Qadejah, 8, Ibraheem, 6 dan Qayyum, 1 turut dimeriahkan lagi dengan pelbagai tarikan seperti pelbagai haiwan dibawa bersama, aktiviti untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Majlis itu turut mendapat pujian netizen yang beranggapan Aliff merupakan seorang bapa yang penyayang selain mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

Selamat hari lahir buat Qadejah, Ibraheem dan Qayyum!

datuk seri aliff syukri