Travel Blogger Josh Cahill Nekad Tak Akan Naik MAS Lagi. Ini Sebabnya!

Seorang travel blogger bernama Josh Cahill telah berkongsi pengalaman yang tidak menyenangkan saat dirinya terbang menaiki penerbangan Malaysian Airlines (MAS).

IKLAN

Kisahnya ini dirakamkan oleh dalam sebuah video dan dimuatnaik di akaun YouTube Josh Cahill. Dalam YouTubenya,  dia menyebut menaiki pesawat dengan nombor penerbangan MH 004 dengan pesawat Airbus A350.

Penerbangan Paling Buruk

Hal ini bermula selepas , dia meluahkan beberapa keluhan menaiki pesawat MAS menerusi akaun Instagramnya @gotravelyourway.

“ Kru yang sangat tidak ramah (kemana perginya keramahan Malaysia yang luar biasa?), In flight entertainment dalam penerbangan rosak (aku telah meminta kru untuk memperbaikinya dan mereka tidak menghiraukannya) akhirnya 13 jam tanpa hiburan, makanan yang disajikan sangat mengerikan di atas dulang melekit dan kotor dan semasa penerbangan itu saya diberikan kerusi terburuk di pesawat itu.”

Dia menggambarkan pengalaman menaiki pesawat tersebut “benar-benar buruk” dan mengatakan akan memposting ulasan lengkap tentang hal ini di saluran YouTube-nya.

Cahill berkata kepada news.com.au dia sebenarnya telah mendapatkan izin dari pasukan media sosial MAS untuk memfilemkan pengalaman dan ulasannya tentang penerbangan tersebut. Namun setelah dia memuatnaik posting Instagram di tengah-tengah penerbangan. Namun kerena review jujurnya itu, sesuatu hal buruk terjadi di kabin.

Review Di Instagram Di Sedari Oleh Kapten Kru Penerbangan

Dia memberi tanggapan bahawa seseorang dari kru dalam pesawat melihat postingannya lalu memaklumkan hal itu kepada kapten di tengah penerbangan.

“Selepas kapten dimaklumkan mengenai postingan saya di tengah penerbangan, mereka bertanya mengapa saya mengeluh,” kata Cahill pada news.com.au.

Cahill berkata, sejak dari saat itu mereka mula mengabaikannya. Kru tidak mahu mempelawa apa-apa minuman, malah dia diarahkan untuk terus berhenti mengambil gambar dan merakam video.

IKLAN

“Sejujurnya, saya memiliki penerbangan hebat dengan Malaysia Airlines sehari sebelumnya, tetapi saya tidak akan pernah terbang dengannya lagi,” katanya.

“Saya merasa di-buli dan diperlakukan dengan cara terburuk dan saya tidak akan pernah terbang dengan Malaysia Airlines lagi.”- katanya