Lagu Raya Trending No 1! Aliff Syukri Bakal Botakkan Rambut

Seperti yang dijanjikan, akhirnya semalam usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri telah memuatnaik video muzik lagu raya nya yang berjudul Jom Raya di laman YouTube.

IKLAN

Trending No 1 Di YouTube

Menariknya mengenai video muzik lagu ini, ianya bukan sahaja menampilkan Zizi Kirana sebagai rakan duet nya, malah turut menampilkan Bella Astillah sebagai salah satu teraju utama dalam video tersebut. Menyoroti kegembiraan Aliff pada lagu tersebut, berdasarkan carian kami Jom Raya kini menduduki di tangga teratas ‘trending’ di YouTube dalam masa kurang 48jam selepas dimuatnaik.

Bakal Botakkan Rambut?

Dalam perkembangan lain, menerusi posting terbaharu nya di laman Instagram, usahawan ini mendedikasikan penghargaan buat keluarganya yang selama ini banyak memberi sokongan. Malah Aliff turut bernazar sekiranya lagu ini bakal trending nombor 1 kelak, dia akan membotakkan rambutnya sebagai tanda bersyukur atas kejayaan Jom Raya.

Nampaknya lagu ini sudah pun menjadi nombor 1, adakah Aliff akan beraya dengan imej terbaharu? Sama-sama kita nantikan!

aliff syukriAliff Syukri Jom Raya