Safiey Ilias Berubah Sekadar Gimik Lagu Baharu?

Baru-baru ini, usahawan kosmetik terkenal yang juga kini bergelar penyanyi, Safiey Ilias telah mengumumkan bahawa dia kini sudah berubah semula kepada dirinya yang asal selepas ‘menjadi Wanita’ buat seketika. Terdahulu, Safiey turut membuat perubahan yang sama sekitar hujung tahun 2017 namun menjadi isu panas apabila dia kembali menjadi wanita.

IKLAN

Hanya Gimik? 

Mengenai perubahan terbaharu ini, Safiey dilihat telah memotong rambut pendek malah turut berazam untuk menjadi lebih baik selepas memikirkan nama baik keluarganya. Biarpun begitu, segelintir warga net mempertikaikan perubahan tersebut kerana beranggap sudah serik selepas terpedaya dengan niat Safiey suatu ketika dahulu. Malah tidak kurang juga yang beranggapan ianya sekadar gimik untuk mempromosikan sesuatu.

Tampil Dengan Single Baharu 

Seperti menguatkan andaian berkenaan, usahawan ini menerusi sebuah posting di laman Instagram nya telah mengumumkan akan muncul dengan single kedua nya berjudul Apa Salah Syinta. Dalam ‘teaser’ lagu tersebut turut dilihat bayangan seorang penyanyi yang akan berduet dengannya.

https://www.instagram.com/p/By4P_LznjgC/

Mendapat pelbagai reaksi dari pengikutnya termasuk mengenai imejnya berambut panjang, Safiey dikatakan hanya menggunakan ‘taktik lama’ untuk mempromosikan lagu tersebut. Adakah benar ianya sekadar gimik ataupun Safiey benar-benar berubah? Sama-sama kita doakan yang terbaik buatnya!

Safiey Ilias