“Sengkek Sangat Ke Kami?”- Aishah Selar Kecaman Netizen

Kemelut diantara juara Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Aishah dan usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida hampir ke penghujungnya apabila kedua-dua pihak telah selesaikan kes tersebut secara mediasi di Kompleks Mahkamah Sesyen Sivil 11 Kuala Lumpur pada Isnin lalu.

IKLAN

Akui Sindir Jihan 

Terbaharu, menyusuli kes tersebut, Aishah ada memuatnaik satu status berunsur sindiran di laman Instagram nya dipercayai ditujukan buat pelawak dan pengacara, Jihan Muse. Menjelaskan lebih lanjut mengenai hal isu tersebut, menerusi laporan dari MStar Online, penyanyi itu akui sengaja ditujukan buat Jihan selepas dia dikatakan seperti baru mahu memberi kerjasama setelah kes tersebut selesai.

Terdahulu, Aishah memberitahu pihak peguamnya cuba menghubungi Jihan dan Nabil bagi proses disepina namun gagal sehingga pihaknya bercadang untuk keluarkan iklan untuk mencarinya. Ekoran itu, Aishah dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen termasuklah ada diantaranya cuba mengecam kenyataan Aishah.

Selar Kenyataan Netizen 

Dalam pada itu, Aishah menerusi sebuah posting lain menyelar komen segelintir netizen yang beranggapan bahawa dia seperti terlalu terdesak mahukan pulangan hadiah seperti yang dijanjikan. Menurut pelantun Janji Manis mu ini, tujuan dia membawa ke pengadilan isu tersebut adalah kerana ingin menegakkan kebenaran malah Aishah sebelum ini turut memberitahu kes seumpama ini seperti mewakili artis-artis lain dalam menegakkan hal mereka.

“Harta tidak membawa ketenangan,namun kebenaran membawa ketenangan dan kebahagiaan”

Menerusi perkembangan lain, Datuk Seri Vida akan turut membuat satu sidang media khas esok di kediamannya di Ipoh, Perak dipercayai bertujuan ingin membuat permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut oleh pihak Aishah sebelum ini.

aishahAishah Jihan Muse
Recommended