Kangin Umum Berundur Dari Super Junior Selepas 14 Tahun Bersama

Selain dari Girls Generation, kumpulan Super Junior juga adalah kumpulan K-Pop yang terawal mendominasi carta peminat-peminat di seluruh negara. Malah boleh dikatakan suatu ketika dahulu kumpulan ini cukup popular sebelum munculnya kumpulan lain seperti BTS.

Kangin Umum Berundur Dari Super Junior 

Terbaharu, satu khabar menyedihkan buat kumpulan itu apabila salah seorang dari Super Junior(SuJu), Kangin telah mengumumkan untuk berundur dari kumpulan yang dianggotai seramai 13 orang itu.

Pengumuman itu telah dibuat Kangin menerusi laman Instagram nya. Jelas Kangin dia berasa amat berat untuk tinggalkan kumpulan itu.

Namun menurutnya selama ini dia berasa bersalah kerana terus membawa nama Super Junior meskipun agak sedikit perlahan bersama kumpulan itu sejak kebelakangan ini.

IKLAN

Akan Terus Beri Sokongan 

Tambah Kangin, dia juga berasa bersalah kepada peminat-peminat yang menyokongnya selama 14 tahun bertapak bersama SuJu.

Biarpun tidak lagi bersama kumpulan itu, Kangin memberitahu dia akan terus memberi sokongan kepada Suju dan akan membawa haluan sendiri selepas ini.

Selain Kangin, sebelum ini dua ahli SuJu terdahulu iaitu Hangeng dan Kibum turut membuat keputusan untuk berundur dari kumpulan penyanyi lelaki Korea popular itu.

KanginKangin Super Juniorsuper junior