[GAMBAR] Sijil Perceraian Ini Tertulis Rihana Oksana Dicerai Talak Tiga. Sahih ke?

Sejak semalam tular di media sosial malah beberapa akhbar utama tempatan seperti Astro Awani turut melaporkan mengenai satu khabar berita yang mengejutkan mengenai wanita Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko, 27 yang kononnya telah diceraikan dengan oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

IKLAN

Sijil Perceraian Tular 

Malah berita yang tular itu turut menunjukkan sekeping sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan pada 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana dilaporkan bertarikh 22 Jun di Singapura.

Lebih mengejutkan sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah dan model tersebut telah diceraikan dengan talak tiga.

Instagram Mula Dibanjiri Komen Netizen

Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai perkahwinan Ratu Moscow 2015 ini terus diperkatakan sehingga ke hari ini termasuklah mengenai pergolakan perkahwinannya.

Biarpun begitu, pada awal bulan lalu model ini telah mewujudkan sebuah akaun khas mengenai kehidupan baharunya termasuklah mengenai putera yang baru dilahirkan dikenali sebagai Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra.

Hasil carian terkini mendapati, netizen mula membanjiri ruangan komen Instagram Rihana termasuklah persoalan yang diajukan oleh selebriti terkenal, Yana Samsudin.

Rihana Oksana Cerai Talak TigaRihana Oksana GorbatenkoRihana PetraSultan Kelantan Cerai Talak TigaSultan Muhammad V & Oksana Voevodina
Recommended