Muat Naik Video! Status Rihana Oksana Cetus Tanda Tanya

Sejak tular nya khabar berita mengenai perceraian talak tiga wanita Rusia, Rihana Oksana Gorbatenko dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, pelbagai spekulasi terus berlegar di susur masa media sosial malah beberapa akhbar utama turut menjadikan berita ini sebagai paparan muka hadapan.

IKLAN

Istana Kelantan Murka 

Bukan itu sahaja, akaun Instagram Rihana juga menjadi perhatian apatah lagi beberapa posting nya terdahulu telah menimbulkan kontroversi termasuklah isu gelaran Raja Perempuan Kelantan. Murka dengan gelaran yang digunapakai sewenang-wenangnya Istana Kelantan telah mengeluarkan satu titah rasmi yang mana pihak Istana menegaskan tiada sesiapa yang boleh digelar Raja Perempuan Kelantan tanpa pengumuman Istana.

Kenyataan rasmi itu yang dipetik dari Sinar Harian juga memaklumkan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra ibni Sultan Ismail Petra ialah Tengku Mahkota Kelantan manakala Tengku Anis Tengku Abdul Hamid digelar Raja Perempuan Tengku Anis. Difahamkan dengan kenyataan rasmi Istana Kelantan itu, ia sekali gus menafikan dakwaan individu berkenaan bahawa anaknya merupakan bakal Putera Mahkota Kelantan.

Rihana Muat Naik Video Terbaharu 

Ketika kontroversi itu hangat diperkatakan, malam tadi Rihana telah memuat naik satu posting terbaharunya yang menunjukkan sebuah video wawancara pendek antara dia dan Sultan Muhammad.

Dalam video itu, Rihana dan Sultan Muhammad menegaskan bahawa matlamat mereka selepas ini adalah tertumpu kepada cahaya mata yang telah dilahirkan, Tengku Ismail Leon Petra Ibni Tengku Muhammad V Faris Petra. Namun begitu, status yang tertera pada posting tersebut telah menimbulkan rasa tanda tanya dikalangan netizen seolah-olah model itu dibayangi pelbagai persoalan. Sehingga kini, tiada perkhabaran rasmi mengenai berita perceraian itu.

Rihana Oksana Cerai Talak TigaRihana Oksana GorbatenkoRihana Petra