Media Antarabangsa Persoal Siapa Bapa Kandung Anak Rihana Oksana!

Biarpun status perkahwinan bekas Ratu Cantik Moscow, Rihana Oksana Gorbatenko bersama Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V akhirnya terjawab apabila pasangan itu disahkan bercerai dengan talak tiga namun media tempatan mahupun luar negara terus mengikuti perkembangan terbaharu terutamanya mengenai Rihana.

IKLAN

Persoal Bapa Kandung Sebenar Tengku Leon

Terbaharu, menerusi laporan Daily Mail peguam kepada Sultan Muhamad V, Koh Tien Hua telah mempersoalkan mengenai siapakah bapa kandung kepada kepada Tengku Ismail Leon Petra ibni Tengku Muhammad V Faris Petra. Terdahulu, media melaporkan Rihana telah selamat melahirkan seorang cahaya mata lelaki pada Mei 2019, hasil perkahwinan bersama Sultan Kelantan itu.

Tiada Bukti 

Namun dakwa peguam Koh Tien Hua, tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V bahawa adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

“Peguamnya kini mempersoalkan sama ada baginda adalah bapa sebenar anak lelaki mereka. Tidak ada bukti mengatakan baginda bapa kepada bayi berkenaan”

Sebelum ini, Rihana telah memuat naik gambar terbaharunya bersama Tengku Leon dan akui begitu bangga kerana darah Malaysia mengalir dalam tubuh anaknya. Sejak kontroversi perceraian Rihana hangat diperkatakan, wanita Rusia itu tidak pernah menyebut mengenai perkahwinannya biarpun peguam Sultan Muhammad telah menghantar surat cerai kepada pihak peguam Rihana.

anak rihana oksanaRihana Oksana Cerai Talak TigaRihana Oksana GorbatenkoSultan Muhammad Vtengku leon