Restoran Santan AirAsia Bakal Dibuka Di Mid Valley Megamall

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Dr. Tony Fernandes telah mengumumkan bahawa sebuah restoran makanan segera yang menawarkan makanan syarikat penerbangan itu bakal dibuka.

IKLAN

Restoran Santan Bakal Dibuka

Namakan sahaja makanan-makanan popular AirAsia seperti Nasi Lemak Pak Nasser, Mee Goreng Mamak Kamal, Burnt cheesecake dan banyak lagi tidak lama lagi bakal disediakan di sebuah restoran fizikal mereka yang dikenali sebagai Santan. Berita gembira itu sekali lagi didedahkan oleh Tony menerusi akaun Twitter nya yang mendapat reaksi yang cukup positif dari para pengguna.

Cawangan Pertama Di Mid Valley Megamall 

Dedah Tony lagi, restoran Santan yang pertama bakal dibuka di pusat membeli belah terkenal, Mid Valley Megamall pada Disember ini.

Sambil mengucapkan tahniah untuk restoran yang bakal dibuka, Tony turut mempelawa mana-mana individu mahupun mereka yang ingin turut sama terlibat dalam perancangan pembukaan cawangan Santan pada masa akan datang. Now everyone can eat Nasi Lemak Pak Nasser!

airasiaRestoran Santan AirAsiaRestoran Santan Mid ValleySantan AirAsia