6 Selebriti Yang Kini Meminati Hobi Permotoran

Sejak beberapa bulan lalu, begitu ramai selebriti yang kini mula berjinak-jinak dengan motorsikal milik mereka. Bukan itu sahaja, dek hasutan daripada rakan-rakan yang lain, ada diantara mereka sanggup membeli motorsikal baharu demi hobi mereka terutamanya model Yamaha Y15ZR V2 atau Y-Suku yang kini hangat dipasaran.

IKLAN

6 Selebriti Yang Kini Meminati Hobi Permotoran

Buat anda yang tertanya selebriti manakah yang kini sedang sibuk dengan hobi terbaru mereka itu, murai.my tampilkan 6 selebriti ini dengan koleksi motorsikal masing-masing.

Shuib Sepahtu

Dikatakan Shuib Sepahtu merupakan antara pencetus dikalangan selebriti yang mula berjinak-jinak dengan hobi permotoran. Memiliki motorsikal model Yamaha Y15ZR V2 atau Y-Suku, gelagat Shuib pernah mencuri perhatian apabila isterinya, Siti Sarah telah menghias motorsikal milik Shuib dengan hiasan bunga yang berwarna-warni.

Zizan Razak

Mengikuti jejak langkah Shuib, Zizan turut sama ‘terjebak’ dalam hobi ini. Juga memilki motorsikal model yang sama seperti sahabatnya itu, Zizah seringkali mengikuti aktiviti-aktiviti permotoran seperti konvoi beramai-ramai dan yang pasti seringkali bergurau senda dengan Shuib mengenai motor siapakah yang paling hebat. Kelakar!

Datuk Seri Aliff Syukri

Juga tidak ketinggalan mengikut ‘trend’, usahawan kosmetik popular iaitu Datuk Seri Aliff Syukri turut memiiki motorsikal jenis Y-Suku! Bukan itu sahaja, dengan mengubahsuai beberapa bahagian motor itu untuk kelihatan cantik dan kemas, Aliff pernah mengejutkan isterinya, Datin Seri Nur Shahida dengan membawa masuk motorsikal itu ke dalam rumah mereka.

Saharul Ridzwan

Pada mulanya pelakon, Saharul Ridzwan telah dihadiahkan sebuah motorsikal jenis NVX oleh isterinya, Deena Amir. Namun kerana terpengaruh dengan rakan-rakan selebriti yang lain, Saharul turut mendambakan jenis Y-Suku. Tidak pasti adakah Saharul berjaya memujuk isterinya untuk membeli motorsikal tersebut, namun kami pasti Saharul bakal ‘join the league’ tidak lama lagi!

Tajul

Biarpun mempunyai fizikal yang kecil, namun ianya tidak menghalang Tajul untuk memiliki sebuah motorsikal berkuasa tinggi. Tidak seperti selebriti lain yang tergila-gilakan Y-Suku, Tajul telah memilih motorsikal jenis Kawasaki RR 150 sebagai ‘penemannya’.

Nur Sajat

Menganggap dirinya sebagai ‘gadis litar’ ketika menaiki motorsikal, usahawan dan penyanyi Nur Sajat Kamaruzzaman tidak melepaskan peluang untuk turut sama ‘bermain motor’. Bersama-sama sahabat karibnya, Datuk Seri Aliff Syukri pilihan Sajat semestinya Y-Suku! Siapa cakap Sajat tidak pandai membawa motor? Lihat sahaja aksinya mengalahkan seorang yang professional. Perempuan fuhh!

aliff syukrinur sajatsaharul ridzwantajulYsukuZizan Razak