Mungkin ramai rakyat Malaysia belum mengenali jenama Ecovacs namun dengan beberapa produk berinovasi baharu, pasti anda ingin memiliki produk daripada Ecovacs ini.
Banyak produk yang terbaharu dan super canggih yang di keluarkan oleh Ecovacs, tetapi kali ini Murai MY akan mengulas mengenai model Deebot Ozmo 900.
Dengan slogan ‘Tawaran Terbaik Sepanjang Tahun, Anda Tak Boleh Terlepas’, Ecovacs menawarkan harga menarik untuk memiliki Deebot Ozmo 900 ini, anda boleh mendapatkannya pada harga RM1,499.00 sahaja (Harga biasa RM2,799).
Sempena 11 November ini, Lazada telah menawarkan potongan harga sehingga 43% dan penghantaran percuma sekiranya membuat pembelian melalui kedai atas talian mereka.
Disukai Para Suri Rumah
DEEBOT OZMO 900 ini memang disukai oleh para suri rumah khususnya, kerana ia bukan sekadar robot biasa, tetapi ia boleh membantu anda dirumah membersihkan lantai dan juga boleh mengemop pada masa yang sama. Hebat bukan?
DEEBOT OZMO 900 mempunyai sistem mengemop OZMO yang maju. Dengan sekali jalan sahaja dah bersih lantai, tak payah susah-susah melakukan pembersihan dua kali.
Lebih Mudah Dengan Aplikasi Khas
Pertama kali saya mendapatkan Deebot Ozmo 900, perkara paling penting yang saya perlu buat dulu ialah memuat turun aplikasi – ECOVACS HOME (tersedia dari App Store atau Google Play untuk kedua-dua iPhone dan Android). Aplikasi ini membolehkan saya mengawal setiap pergerakkan Ozmo 900 dari mula hinggalah proses pembersihan dan seterusnya memberi arahan untuk kembali ke pengecas. Tak susah pun!
Aplikasi ini juga memberi notifikasi kepada pengguna apabila pembersihan tidak selesai atau vakum mengalami masalah.
Mengimbas Pelan Rumah Anda
Pertama kali melihat ia dihidupkan, saya begitu kagum dengan kecanggihan robot comel ini, lagi-lagi melihat ia bergerak di sekitar dalam rumah . Ia begitu sistematik dengan menjelajah ke setiap sudut rumah, membersihkan permaidani dan bergerak di atas lantai. Bagaimana ia lakukan?
Dengan teknologi navigasi Smart Navi 3.0 dan teknologi pemetaan Evovacs, DEEBOT Ozmo 900 mengimbas rumah dan mencipta peta visual dalam aplikasi. Setelah menjana peta visual, DEEBOT OZMO 900 secara automatik akan mencipta jalan pembersihan yang berkesan yang sesuai dengan persekitaran rumah anda.
Tak Perlu Risau Perabot & Dinding Tercalar
Mula-mula saya risau juga, habislah semua perabot dia akan langgar. Rupanya tidak ya! Robot ini ada Teknologi Pengesan Halang, di mana ia dilengkapi dengan sensor anti-pelanggaran untuk memastikan dinding dan perabot anda selamat dari kesan hentaman.
Selain itusaya tidak perlu risau robot ini terjatuh sekiranya rumah anda mempunyai anak tangga kerana robot pembersih lantai ini juga mempunyai satu sensor pengesan jatuh.
Boleh Mop Lantai?
Ini yang paling saya suka, boleh mop lantai! Ia juga sangat mudah untuk beralih fungsi robot ini menjadi mop. Dengan hanya mengisi tangki air sebanyak 240 ml. Kemudian Pilih mopping dalam aplikasi dan selesai. Duduk dan berehat sambil goyang kaki dan tunggu saja lantai dibersihkan.
Selepas selesai mengemop lantai, saya hanya perlu menanggalkan plat kain daripada robot ini untuk membersihkannya.
Rumusan 6 Perkara Yang Paling Syok Dengan Deebot Ozmo 900
- Ia boleh berfungsi di kedua-dua permukaan iaitu permukaan lantai keras dan permaidani.
- Untuk fungsi mop, ia mempunyai 2 pad yang boleh dibasuh.
- Ecovacs Home App membolehkan anda mengawal dan memantau robot anda dari mana-mana sahaja.
- Sekiranya anda mempunyai Amazon Echo atau Google Home, anda juga boleh mengawal robot ini melaluinya.
- Apabila kuasa bateri berkurang, Deebot secara automatik kembali ke stesen pengecasan dan mengisi semula.
- Ia sangat tenang, jadi anda juga boleh menggunakan semasa anda tidur.
Jadi, jangan lepaskan peluang ini, untuk memiliki robot pembersih lantai pada harga yang sangat berpatutan dan sudah pasti anda tak sabar nak rasai pengalaman menggunakannya.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.