Kumpulan popular Korea selatan, WINNER akan membawakan siri jelajah WINNER [ CROSS ] TOUR IN KUALA LUMPUR pada tahun hadapan.
WINNER [ CROSS ] TOUR IN KUALA LUMPUR akan diadakan di Axiata Arena pada 18 Januari 2020. Ini merupakan kali kedua kumpulan WINNER mengadakan konsertnya di Malaysia dan kali pertama lokasi konsertnya bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.
WINNER adalah kumpulan yang berasal dari Korea Selatan yang terbentuk dibawah naungan YG Entertainment yang dianggotai oleh Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.
Sejak diumumkan mengenai siri jelajah konsert WINNER ke Malaysia, nampaknya peminat kumpulan Kpop ini tidak sabar-sabar menantikan maklumat lanjut mengenai penjualan tiket.
Oleh itu, iMe MY selaku penganjur, baru sahaja mengumumkan bahawa tiket-tiket konsert secara rasminya akan mula dijual secara dalam talian di www.ticketcharge.com.my pada 9 November ini bermula jam 11.00 pagi.
Setiap orang dibenarkan membeli sehingga 8 tiket bagi setiap transaksi. Setiap pemegang tiket VIP berhak menebus satu unit album <CROSS>. Mereka (pemegang tiket VIP) juga berpeluang memenangi sesi autograf bersama peminat (yang diadakan di Malaysia) yang akan dipilih secara rawak.
WINNER [CROSS] TOUR DI KUALA LUMPUR dijadual berlangsung pada 18 Januari 2020, 6 petang di Arena Axiata. Tiket berharga RM717 (Zon VIP / Berdiri atau Duduk), RM657 (CROSS Standing Zone), RM587 (CAT 1), RM487 (CAT 2) dan RM287 (CAT 3), tidak termasuk yuran pemprosesan RM4.
Tiket akan dibuka secara rasmi untuk jualan melalui talian pada 9 November dari pukul 11 pagi di www.ticketcharge.com.my.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini.